Khamis, Oktober 18, 2012

SENTUH KANAK-KANAK YANG BELUM BALIGH MEMBATALKAN SOLAT ??? & WUJUDKAH SAF KANAK-KANAK DALAM SOLAT BERJEMAAH ???

Muqaddimah

Dewasa ini, masyarakat dimomokkan dengan pegangan batal solat orang dewasa apabila bersentuh kanak-kanak yang belum baligh dan juga mewujudkan saf khusus untuk kanak-kanak. Apa yang dilihat sebahagian besar masjid-masjid diseluruh Malaysia terdapat papan tanda “Saf Kanak-Kanak” yang diletakkan disebelah belakang masjid (saf dewasa).

Timbul persoalan…. Adakah pegangan sedemikian terdapat dalil atau hujah syarak yang menyokong pegangan tersebut. Sejak kecil lagi saya didedahkan dengan pegangan (membatalkan solat apabila tersentuh kanak-kanak yang belum baligh & terdapat saf kanak-kanak)… dan sedia maklum sejak turun-temurun fahaman sedemikian berakar umbi dalam benak pemikiran masyarakat melayu khususnya.

Adakah terdapat hadis-hadis yang sahih dalam menyatakan perkara ini….. atau pandangan ulama-ulama muktabar membicarakan kedua isu ini ??? insyaallah… saya akan mengupas kedua-dua isu ini dari sudut dalil-dalil yang sahih daipada hadis-hadis Nabi  dan hujah ulama muktabar daripada kitab-kitab muktabar.


ISU PERTAMA :
HUKUM MENYENTUH KANAK-KANAK YANG BELUM BALIGH KETIKA SOLAT BERJEMAAH

Sebelum saya menyatakan apakah hukum sekira orang dewasa tersentuh kanak-kanak yang belum baligh dalam solat membatalkan solat atau tidak, sudi sekiranya kita renungkan beberapa hadis sahih dibawah :

Hadis (1) :

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ جَدَّتَهُ مُلَيْكَةَ دَعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِطَعَامٍ صَنَعَتْهُ لَهُ، فَأَكَلَ مِنْهُ، ثُمَّ قَالَ: «قُومُوا فَلِأُصَلِّ لَكُمْ» قَالَ أَنَسٌ: فَقُمْتُ إِلَى حَصِيرٍ لَنَا، قَدِ اسْوَدَّ مِنْ طُولِ مَا لُبِسَ، فَنَضَحْتُهُ بِمَاءٍ، فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَصَفَفْتُ وَاليَتِيمَ وَرَاءَهُ، وَالعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا، فَصَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ انْصَرَفَ

Maksudnya :
Daripada Anas bin Malik r.a katanya, neneknya Mulaikah telah menjemput Nabi  untuk makan makanan yang disediakannya, lalu Baginda maka sebahagian darinya, kemudian bersabda : “Bangunlah saya akan mengimami solat kamu”. Berkata Anas r.a : “Saya telah menyediakan sebidang tikar hitam yang sudah lama digunakan dan merenjiskan air ke atasnya.” Rasulullah berdiri (untuk bersolat), saya dan anak yatim berada dibelakang baginda dan nenek berada dibelakang saf kami. Kemudian Baginda besolat bersama kami dua rakaat, kemudian baginda berlalu pergi…(HR Bukhari, hadis no. 380. Muslim, hadis no. 266. Abu Dawud, hadis no. 612. At-Tirmizi, hadis no. 234. An-Nasaie, hadis no. 801)

Hadis di atas menerangkan Nabi  bersolat bersama Anas, anak yatim dan juga neneknya. Apa yang didapati daripada hadis tersebut, anak yatim berdiri dalam saf bersama Anas r.a. Sekira anak yatim tersebut menyentuh Anas membatalkan solat, nescaya Nabi  menyuruh anak yatim tersebut berdiri dalam saf belakang.

Hadis (2) :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: «أَقْبَلْتُ رَاكِبًا عَلَى حِمَارٍ أَتَانٍ، وَأَنَا يَوْمَئِذٍ قَدْ نَاهَزْتُ الِاحْتِلاَمَ، وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي بِمِنًى إِلَى غَيْرِ جِدَارٍ، فَمَرَرْتُ بَيْنَ يَدَيْ بَعْضِ الصَّفِّ، وَأَرْسَلْتُ الأَتَانَ تَرْتَعُ، فَدَخَلْتُ فِي الصَّفِّ، فَلَمْ يُنْكَرْ ذَلِكَ عَلَيَّ»

Maksudnya :
Daripada ‘Abdullah bin ‘Abas r.a, katanya, saya tiba (di Mina) dengan menaiki keldai betina dan ketika itu saya belum lagi baligh. Didapati Rasulullah  sedang bersolat di Mina tanpa ada dinding (di hadapan), lalu saya turun melalui beberapa saf dan melepaskan keldai (untuk memakan rumput). Kemudian saya masuk ke dalam saf. Tidak ada seorang pun yang menegur (perbuatan saya tersebut). (HR Bukhari, hadis no. 76)

Hadis tersebut menjelaskan seorang sahabat Nabi  iaitu ‘Abdullah bin ‘Abas telah tiba di Mina, didapati Baginda sedang bersolat berjemaah bersama sahabat yang lain. Beliau turun dari keldai lalu melalui antara saf-saf tersebut, kemudian memasuki saf untuk solat bersama. Perbuatan beliau tidak ditegur dan dibantah oleh Nabi dan juga para sahabat yang lain. Sedangkan beliau ketika itu masih belum baligh. Sekira sentuhan kanak-kanak yang belum baligh boleh membatalkan solat, nescaya beliau akan terus ditegur oleh Nabi dan para sahabat yang lain.


Hadis (3) :
عَنْ عَمْرِو بْنِ سُلَيْمٍ الزُّرَقِيِّ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا قَتَادَةَ، يَقُولُ: «بَيْنَا نَحْنُ فِي الْمَسْجِدِ جُلُوسٌ، خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَحْمِلُ أُمَامَةَ بِنْتَ أَبِي الْعَاصِ بْنِ الرَّبِيعِ، وَأُمُّهَا زَيْنَبُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهِيَ صَبِيَّةٌ يَحْمِلُهَا عَلَى عَاتِقِهِ، فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهِيَ عَلَى عَاتِقِهِ، يَضَعُهَا إِذَا رَكَعَ، وَيُعِيدُهَا إِذَا قَامَ، حَتَّى قَضَى صَلَاتَهُ يَفْعَلُ ذَلِكَ بِهَا»

Maksudnya :
Daripada ‘Amru bin Sulaim az-Zuraqiy, sesungguhnya beliau pernah mendengar Abu Qatadah r.a berkata : Ketika kami duduk didalam masjid (menunggu waktu solat), Nabi  masuk ke dalam masjid sambil mendukung Umamah binti Abi al-As bin ar-Rabi’, emaknya adalah Zainab binti Rasulillah. Dia merupakan kanak-kanak (ketika itu) dan didukung Baginda. Lalu baginda bersolat sambil mendukung (Umamah), meletakkan disebelah (Baginda) ketika rukuk dan mendukung semula apabila berdiri sehingga selesai dari solatnya, itulah yang dilakukan oleh Baginda ketika solat. (HR Abu Dawud, hadis no. 918. An-Nasaie, hadis no. 711)

Hadis di atas menjelaskan ketika solat, Nabi  mendukung Umamah cucu baginda. Sekira menyentuh kanak-kanak boleh membatalkan solat, nescaya baginda tidak akan mendukung cucunya ketika bersolat.


Hadis (4) :
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ: بَيْنَمَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي بِأَصْحَابِهِ إِذْ خَلَعَ نَعْلَيْهِ فَوَضَعَهُمَا عَنْ يَسَارِهِ، فَلَمَّا رَأَى ذَلِكَ الْقَوْمُ أَلْقَوْا نِعَالَهُمْ، فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاتَهُ، قَالَ: «مَا حَمَلَكُمْ عَلَى إِلْقَاءِ نِعَالِكُمْ»، قَالُوا: رَأَيْنَاكَ أَلْقَيْتَ نَعْلَيْكَ فَأَلْقَيْنَا نِعَالَنَا، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ جِبْرِيلَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَانِي فَأَخْبَرَنِي أَنَّ فِيهِمَا قَذَرًا - أَوْ قَالَ: أَذًى - " وَقَالَ: " إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلْيَنْظُرْ: فَإِنْ رَأَى فِي نَعْلَيْهِ قَذَرًا أَوْ أَذًى فَلْيَمْسَحْهُ وَلْيُصَلِّ فِيهِمَا "،

Maksudnya :
Daripada Abu Said al-Khudriy katanya : ketika Rasulullah  bersolat bersama para sahabat, baginda menanggalkan selipar, lalu diletakkan disebelah kiri baginda. (Perbuatan Baginda tersebut) dilihat oleh para sahabat, lalu ditanggalkan juga selipar mereka (dan diletakkan disebelah). Apabila selesai baginda bersolat, baginda bersabda : Kenapa kamu semua menanggalkan selipar kamu? Jawab mereka : Kami melihat kamu menanggalkan selipar, lalu kami juga menggalkan selipar. Rasulullah  bersabda : Sesungguh Malaikat Jibrail telah datang memberitahu saya, terdapat najis pada kedua selipar. Sabda Baginda lagi : Apabila salah seorang daripada kamu dating ke masjid hendaklah melihat (kedua belah selipar) sekira terdapat najis atau kotoran, hendaklah disapukan (terlebih dahulu) kemudian bersolat dengan memakai kedua belah selipar (tadi). (HR Abu Dawud, hadis no. 650)

Hadis di atas menjelaskan Nabi  sedang bersolat dan ketika itu baginda memakai selipar. Didapati pada selipar baginda terdapat najis. Setelah diberitahu oleh Malaikat Jibrail, terus baginda menanggalkan selipar tersebut dan diletakkan di sebelah kiri baginda, kemudian meneruskan solat sehingga selesai. Sekira perbuatan tersebut (memakai selipar yang terdapat najis) boleh membatalkan solat, nescaya baginda akan bersolat semula, kerana solat yang ditunaikan tersebut terbatal, tetapi baginda terus menunaikan solat sehingga selesai.

Kesimpulannya, setelah dilihat dan diteliti daripada hadis-hadis di atas, apa yang dapat disimpulkan disini ialah :

a) Kesemua hadis di atas menjelaskan Nabi bersolat dan dalam masa yang sama terdapat kanak-kanak yang belum baligh turut sama bersolat bersama Nabi dan para sahabat.

b) Ketika solat berjemaah sudah tentu berlaku sentuhan antara orang dewasa dan juga kanak-kanak. Sekira menyentuh kanak-kanak boleh membatalkan solat, sudah tentu akan dinyatakan oleh Nabi  dalam hadis-hadis baginda, ini kerana perkara yang berkaitan ibadat solat merupakan perkara yang penting sekali, sudah tentu perkara yang penting ini mesti diberitahu terlebih dahulu oleh baginda.

c) Tidak terdapat hadis-hadis yang sahih menyatakan batal solat sekira bersentuhan kanak-kanak yang belum baligh dengan orang dewasa.


Pandangan ulama muktabar dalam isu ini :

Imam An-Nawawi telah menegaskan di dalam Rawdah at-Talobin dengan katanya : "Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh dengan sesuatu yang suci (pada jasadnya seperti kanak-kanak) tetapi benda yang suci tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka TIDAK BATAL SOLATNYA" . [Rujuk Rawdah at-Tolibin, 1/274].

Alasan ia tidak membatalkan adalah kerana:-

a. Sentuhan itu tidak secara langsung dengan najis yang di tanggungi. Jika secara langsung terbatal solat seseorang itu tapi tidak wuduknya. Jika tersentuh najis secara langsung, ia hanya perlu membasuh najis itu sehingga bersih, dan tidak perlu memperbahurui wuduknya.

b. Bersentuh secara tidak langsung dengan kanak-kanak yang menanggung najis seperti memegang tangannya atau dirinya menyentuh pakaian kita, adalah tiada membawa sebarang masalah kerana mereka bukannya najis bergerak dan tidak pula tubuhnya bertukar menjadi najis hingga tidak boleh disentuh sama sekali, ia hanya menanggung najis sahaja.

Maka jika anak kecil yang menanggung najis duduk di riba kita dan dielak dengan segera, ia tidak membatalkan solat. [Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, Bab: Perkara yang Membatalkan Solat. 1/169] [Lihat: Uzar, Mutiara Akidah dan Ibadat ms 175-176]


Pandangan ulama’ semasa:

Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili di dalam al-Fiqh al-Islami [1/576] yang merujuk kepada kitab al-Muhazzab dan al-Majmu' karangan Imam An-Nawawi menyebut: “Tiada perselisihan di dalam mazhab Syafie dan Hanafi bahawa tidak memudaratkan (membatalkan solat) membawa kanak-kanak yang tidak zahir padanya najis, maka sekiranya dia membawa haiwan yang suci dalam solatnya maka sah solatnya kerana Nabi saw membawa Umamah binti Abu al-'As di dalam solatnya. Kerana najis yang ada pada haiwan itu adalah pada tempatnya (tidak merebak keluar) dan ianya samalah dengan najis yang berada di dalam perut orang yang solat”.

Mafhum daripada kenyataan ini, tidak batal solat sekiranya kita tersentuh dengan kanak-kanak yang belum berkhitan atau memakai lampin itu kecuali zahir pada pakaian/tubuh badannnya najis.


ISU KEDUA :
SAF KANAK-KANAK DALAM SOLAT BERJEMAAH

Dalam masyarakat melayu kini berpegang dengan wujudnya saf bagi kanak-kanak yang belum baligh dalam solat berjemaah. Di masjid-masjid kelihatan papan tanda “Saf Kanak-Kanak” di belakang saf dewasa. Adakah wujud saf kanak-kanak ini di zaman Nabi  atau di zaman para sahabat atau tabi’in….? inilah yang perlu kita kaji semula pegangan turun temurun masyarakat kita berdasarkan dalil-dalih sahih dan pandangan ulama muktabar.

Terdapat beberapa hadis yang membicarakan mengenai kanak-kanak dalam solat berjemaah bersama orang dewasa, antaranya ialah :

Hadis (1) :
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ جَدَّتَهُ مُلَيْكَةَ دَعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِطَعَامٍ صَنَعَتْهُ لَهُ، فَأَكَلَ مِنْهُ، ثُمَّ قَالَ: «قُومُوا فَلِأُصَلِّ لَكُمْ» قَالَ أَنَسٌ: فَقُمْتُ إِلَى حَصِيرٍ لَنَا، قَدِ اسْوَدَّ مِنْ طُولِ مَا لُبِسَ، فَنَضَحْتُهُ بِمَاءٍ، فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَصَفَفْتُ وَاليَتِيمَ وَرَاءَهُ، وَالعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا، فَصَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ انْصَرَفَ

Maksudnya :
Daripada Anas bin Malik r.a katanya, neneknya Mulaikah telah menjemput Nabi  untuk makan makanan yang disediakannya, lalu Baginda maka sebahagian darinya, kemudian bersabda : “Bangunlah saya akan mengimami solat kamu”. Berkata Anas r.a : “Saya telah menyediakan sebidang tikar hitam yang sudah lama digunakan dan merenjiskan air ke atasnya.” Rasulullah berdiri (untuk bersolat), saya dan anak yatim berada dibelakang baginda dan nenek berada dibelakang saf kami. Kemudian Baginda besolat bersama kami dua rakaat, kemudian baginda berlalu pergi…(HR Bukhari, hadis no. 380. Muslim, hadis no. 266. Abu Dawud, hadis no. 612. At-Tirmizi, hadis no. 234. An-Nasaie, hadis no. 801)

Hadis di atas menjelaskan Nabi  bersolat berjemaah bersama Anas r.a, anak yatim dan Mulaikah (nenek kepada anak yatim). Anak yatim tersebut berada dalam saf bersama Anas r.a di sebelah dan neneknya dibelakang. Sekira wujud saf kanak-kanak, sudah tentu baginda akan menyuruh anak yatim tersebut berdiri dalam saf belakang Anas r.a.

“Abu Isa (al-Tirmizi) berkata: Hadis Anas adalah sahih. Amalan mengikut hadis ini di sisi ahli ilmu iaitu apabila bersama imam itu ada seorang lelaki dan perempuan, maka lelaki itu hendaklah berdiri di sebelah kanan imam dan perempuan itu di belakang mereka berdua. Sesetengah orang mengharuskan sembahyang seorang lelaki berseorangan di belakang saf. Mereka berkata, sembahyang kanak-kanak itu tidak dikira dan Anas berseorangan di belakang Rasulullah s.a.w. Pendapat ini tidaklah tepat kerana kerana Rasulullah s.a.w. menempatkan Anas bersama anak yatim di belakang baginda. Andai kata baginda tidak mengira sembahyang anak yatim itu tentu baginda tidak menempatkannya bersamanya (Anas) dan tidak juga menempatkannya di kanannya (Anas).”

Daripada komentar al-Tirmizi itu dapat difahami bahawa sembahyang kanak-kanak tetap dikira sah dan sewajarnya dia diletakkan bersama saf orang lain. Kalaulah sembahyangnya tidak dikira sah disebabkan tidak diketahui dia menjaga kebersihan diri dan pakaian tentu sekali al-Tirmizi menganggap sebaliknya.

Dalam mensyarahkan hadis ini, Abdul Rahman al-Mubarakpuri menyimpulkan bahawa kanak-kanak diletakkan dalam satu saf bersama orang lain. (Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, hal. 494)

Hadis (2) :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: «أَقْبَلْتُ رَاكِبًا عَلَى حِمَارٍ أَتَانٍ، وَأَنَا يَوْمَئِذٍ قَدْ نَاهَزْتُ الِاحْتِلاَمَ، وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي بِمِنًى إِلَى غَيْرِ جِدَارٍ، فَمَرَرْتُ بَيْنَ يَدَيْ بَعْضِ الصَّفِّ، وَأَرْسَلْتُ الأَتَانَ تَرْتَعُ، فَدَخَلْتُ فِي الصَّفِّ، فَلَمْ يُنْكَرْ ذَلِكَ عَلَيَّ»

Maksudnya :
Daripada ‘Abdullah bin ‘Abas r.a, katanya, saya tiba (di Mina) dengan menaiki keldai betina dan ketika itu saya belum lagi baligh. Didapati Rasulullah  sedang bersolat di Mina tanpa ada dinding (di hadapan), lalu saya turun melalui beberapa saf dan melepaskan keldai (untuk memakan rumput). Kemudian saya masuk ke dalam saf. Tidak ada seorang pun yang menegur (perbuatan saya tersebut). (HR Bukhari, hadis no. 76)

Hadis di atas menjelaskan perbuatan ‘Abdullah bin ‘Abas melalui beberapa saf, kemudian masuk dalam saf bersama orang dewasa. Sekira wujud saf kanak-kanak, sudah tentu beliau ditegur oleh sahabat yang lain kerana berada dalam saf orang dewasa.

Walaubagaimanapun, dalam keadan ramai makmun atau jemaah yang besar, kanak-kanak tidak dibenarkan berada secara langsung di belakang imam berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abi Mas’ud r.a :
قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ مَنَاكِبَنَا فِي الصَّلَاةِ، وَيَقُولُ: «اسْتَوُوا، وَلَا تَخْتَلِفُوا، فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ، لِيَلِنِي مِنْكُمْ أُولُو الْأَحْلَامِ وَالنُّهَى ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ» قَالَ أَبُو مَسْعُودٍ: «فَأَنْتُمُ الْيَوْمَ أَشَدُّ اخْتِلَافًا».

“Luruskanlah dan janganlah kamu saling bertelingkahan lalu dengan itu hati-hati kamu tidak bersatu, hendaklah orang-orang yang cerdik pandai mengiringiku, kemudian yang mengikuti mereka dan yang mengikuti mereka.”(HR Muslim, hadis no. 122. An-Nasa’ie, hadis no. 812)

Sudah tiba masanya masyarakat untuk berubah dan kembali kepada petunjuk hadis terutama sekali pihak pengurusan masjid. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini, gangguan yang berlaku di masjid pada ketika sembahyang Jumaat. Kanak-kanak yang berada sesama mereka mengambil kesempatan untuk berbual-bual sehingga menyebabkan suasana khutbah Jumaat hingar-bingar. Apa yang menyedihkan lagi dan membimbangkan ialah dalam suasana yang tidak terkawal itu ada yang tidak bersembahyang langsung.

Kesimpulannya, dengan meletakkan kanak-kanak di dalam saf iaitu bapa berada bersama-bersama dengannya anaknya, maka anak berada di bawah jagaannya dan keadaan akan terkawal. Selain itu, secara tidak langsung akan mendidik anak-anak cara-cara hidup bermasyarakat kerana dapat berinteraksi dengan semua lapisan umur.

Pandangan ulama muktabar dalam isu ini :

Imam an-Nawawi berkata :
إذا حضر إمام ومامومان تقدم الامام واصطفا خلفه، سوا كانا رجلين أو صبيين أو رجلا وصبيا: هذا مذهبنا ومذهب العلماء كافة. وإذا حضر كثيرون من الرجال والصبيان، يقدم الرجال ثم الصبيان، هذا هو المذهب وبه قطع الجمهور، وفيه وجه حكاه الشيخ أبو حامد والبندنيجي والقاضي أبو الطيب وصاحبا المستظهرى والبيان وغيرهم: أنه يستحب أن يقف بين كل رجلين صبي ليتعلموا منهم أفعال الصلاة.

Maksudnya :
“Apabila Imam dan dua orang makmun hadir bersolat, didahulukan Imam, kemudian makmum berada di saf belakang sama ada dua orang lelaki atau dua orang kanak-kanak atau seorang lelaki dan seorang kanak-kanak dalam satu saf : ini merupakan mazhab kami (Syafie) dan mazhab ulama umumnya. Apabila Jemaah dating dalam jumlah yang ramai yang terdiri daripada lelaki dan kanak-kanak, didahului lelaki kemudian kanak-kanak. Inilah pendapat mazhab (asy-Syafie) dan juga diputuskan oleh jumhur ulama. Ia juga merupakan pandangan Syeikh Abu Hamid (Imam al-Ghazali), al-Bandinijiy, al-Qadhiy Abu al-Tayyib, penulis kitab al-Mustazhariy dan al-Bayan (al-Imraniy) dan lain-lain lagi seraya berkata : “Sunat meletakkan di antara kedua jemah lelaki seorang kanak-kanak untuk mengajar mereka (kanak-kanak) perbuatan solat.” (an-Nawawiy, Kitab al-Majmu’ 4/291-293)

Menurut Khatib asy-Syarbini dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj :
وَمَحَلُّ مَا ذَكَرَ مَا إذَا حَضَرَ الْجَمِيعُ دُفْعَةً وَاحِدَةً، فَلَوْ سَبَقَ الصِّبْيَانُ بِالْحُضُورِ لَمْ يُؤَخَّرُوا لِلرِّجَالِ اللاحِقِينَ، كَمَا لَوْ سَبَقُوا إلَى الصَّفِّ الأَوَّلِ؛ فَإِنَّهُمْ أَحَقُّ بِهِ عَلَى الصَّحِيحِ

Maksudnya :
“Perbincangan tentang susunan saf itu adalah apabila jemaah datang serentak, tetapi sekiranya kanak-kanak datang awal, maka jangan diundurkan mereka untuk memberi tempat kepada orang dewasa yang baru datang, seperti itu juga kalau mereka lebih awal berada di saf awal, maka mereka lebih berhak menduduki tempat tersebut, menurut pendapat yang sahih….(Khatib asy-Syarbiniy, Mughni al-Muhtaj 1/492)

Adapun dibelakangkan kanak-kanak daripada orang dewasa seperti yang diperkatakan oleh al-Azraie apabila saf orang dewasa telah penuh, tetapi sekiranya terdapat kekosongan pada saf orang dewasa maka ianya diisi dengan kanak-kanak”.

Jelas daripada apa yang dikatakan oleh Imam al-Khatib al-Syarbini ini, sekiranya mereka datang awal maka menjadi hak mereka tempat tersebut, demikian juga jika saf orang dewasa terdapat kekosongan maka saf tersebut perlu diisi dengan kanak-kanak. Tidak terdapat di sana saf yang dikhususkan kepada kanak-kanak.

Ada juga diantara pihak masjid yang melaksanakan larangan ini disebabkan terdapatnya riwayat yang melarang membawa kanak-kanak ke masjid. Di dalam Sunan Ibn Majah, kitab masjid dan jemaah, bab apa yang tidak disukai didalam masjid, dikatakan Nabi :saw bersabda :-
جنبوا مساجدكم صبيانكم ومجانينكم وشراركم وبيعكم وخصوماتكم ورفع أصواتكم وإقامة حدودكم وسل سيوفكم واتخذوا على أبوابها المطاهر وجمروها في الجمع
"Jauhi masjid kamu dari kanak-kanak kamu, orang gila, jual beli kamu, pertengkaran kamu, ketinggian suara kamu, perlaksanaan Hudud dan mempamerkan pedang kamu. Jadikan tempat membasuh dan wudhu' berdekatan dengan pintunya dan mewangikannya pada hari Jumaat" [Riwayat Ibn Maajah #750].

Hadith ini Dhaef menurut Ibn al-Jauzi, Munziri, Haitaimi, Ibn Hajar al-Asqalani dan Busyairi. Syeikh Abdul Haqq al-Ishbeli mengatakan bahawa hadith ini tidak berasas. Maka hadith diatas ini tidak boleh dijadikan dalil melarang kanak-kanak dari pergi ke masjid. Disana terdapat sebuah hadith sahih menjelaskan siapakah yang harus berada dibelakang Imam. Riwayat dari Abdulllah bin Mas'ud ra, Nabi :saw bersabda :-
يَلِني منكم أُولُو الأحْلامِ والنُّهى
"Jadikan dibelakangku mereka yang kalangan kamu yang alim dan matang" [Hadith Riwayat Muslim, #432]

Syeikh Ibn Baaz rh semasa menjelaskan hadith ini mengatakan bahawa ini bermakna orang yang alim dan matang digalakkan datang awal dan melakukan solat dihadapan jemaah-jemaah lain [1]. Hadith ini tidak menunjukkan larangan kepada kanak-kanak untuk duduk dai saf awal. Malah Imam al-Nawawi rh. juga menjelaskan bahawa adalah mustahab bagi seorang kanak-kanak berdiri diantara dua orang dewasa agar dia dapat mempelajari pergerakan solat dari mereka.(sebagaimana yang telah disebut di atas). al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani menjelaskan bahawa Ibn Abbas bersama-sama dengan jemaah bersolat jenazah semasa Nabi saw melakukan Haji Wadaa' sedangkan beliau belum baligh.

Peristiwa diatas ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak dilarang berada di saf hadapan.

Bagaimana pula dalam situasi kanak-kanak yang berada di saf hadapan itu dipindahkan kepada saf yang ke belakang? Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh mengatakan bahawa perbuatan ini menyalahi hadith sahih dimana Abdullah bin Umar ra, meriwayatkan bahawa Nabi :saw bersabda :-
لا يقيم الرجل الرجل من مجلسه ثم يجلس فيه

"Tidak boleh seorang lelaki menyuruh seorang lelaki yang lain berdiri dari tempat duduknya, kemudian dia pun duduk (menggantikannya) ditempatnya" [Hadith Sahih Riwayat al-Bukhari, al-Jaami' al-Sahih, no: 6269].

Syiekh bin Baaz rh menegaskan bahawa jika kanak-kanak itu telah duduk disaf dapan, mereka tidak boleh dipindahkan ke saf yang yang belakang, dan makmum tersebut pula menggantikan tempat mereka. Adalah menjadi hak kepada sesiapa saja yang sampai awal untuk duduk disaf yang hadapan.

Syiekh Ibn Utsaimin rh. [4] mengatakan bahawa pandangan mengalihkan kanak-kanak yang telah duduk di saf awal perlu dikaji semula. Beliau berpandangan bahawa kanak-kanak pergi awal ke masjid dan duduk di saf yang awal perlulah dihargai perbuatan mereka. Mereka mempunyai hak untuk duduk dimana-mana ruang yang dibenarkan didalam masjid.

Kedua-dua Syiekh ini menyatakan beberapa implikasi kepada perbuatan mengalihkan kanak-kanak ini, berkemungkinan akan mengakibatkan perkara dibawah ini :-

i. Kanak-kanak akan patah semangat untuk pergi ke masjid.
ii. Kanak-kanak akan membenci orang yang memindahkan mereka. Ibn Utsaimin mengatakan bahawa kanak-kanak ini akan ingat peristiwa yang berlaku keatas mereka.
iii. Perbuatan ini juga akan menjejaskan semangat berlumba-lumba untuk pergi ke masjid.
iv. Ibn Utsaimin menyatakan bahawa jika kanak-kanak yang di tempatkan di bahagian belakang, ada kemungkinan juga mereka akan bermain-main dan membuat bising kerana tiada orang dewasa disebelahnya.

Ada dikalangan ulama' mencadangkan didalam saf yang panjang, yang betul-betul berada dibelakang Imam adalah mereka yang alim dan matang, dan disamping itu, jemaah yang lain termasuklah kanak-kanak boleh berada pada barisan hadapan.

Bapa juga berperanan mendisplinkan anak-anaknya agar mereka tidak bertindak nakal didalam masjid. Kanak-kanak perlu digalakkan bersolat di masjid oleh ibu-bapa mereka. Ia menjadi kewajipan ibu-bapa mengajar anak mereka bersolat, sebagaimana semua diantara kita sudah maklum dengan hadith berikut :-
مروا أولادكم بالصلاة لسبع واضربوهم عليها لعشر وفرقوا بينهم في المضاجع
"Suruhlah anak-anak kamu bersolat apabila umur mereka 7 tahun, dan pukullah mereka apabila mereka berumur 10 tahun, dan pisahkan mereka dari tempat tidur [kamu]" [Riwayat Abu Daud].

Syiekh Saleh al-Fawzan mengatakan bahawa kanak-kanak yang telah masuk umur 7 tahun boleh dibawa ke masjid bagi tujuan latihan, proses pembesaran mereka dan menjelaskan amalan-amalan sunat kepada mereka. Bagi mereka yang bawah 7 tahun, tidak perlu bawa ke masjid melainkan mereka ini jenis yang tidak mengganggu orang sedang bersolat di masjid.

Kesimpulannya, tidak ada larangan bagi kanak-kanak untuk duduk di saf awal. Kanak-kanak yang telah duduk di saf awal, tidak boleh dipindahkan ke saf yang belakang. Bapa hendaklah memastikan anak-anak mereka berdisplin semasa membawa mereka ke masjid. Diharap pihak-pihak surau dan masjid dapat mengambil kira pandangan-pandangan yang membenarkan kanak-kanak dibawah umur ini bersolat di saf-saf yang awal.


RUJUKAN : 1. Sahih Bukhariy 2. Sahih Muslim 3. Sunan at-Tirmiziy 4. Sunan Abu Dawud 5. Sunan Ibn Majah 6. Sunan an-Nasaie 7. Kitab al-Majmu’ oleh Imam an-Nawawiy 8. Kitab Mughni Muhtaj, oleh Khatib asy-Syarbiniy 9. Kitab Rawdah at-Tolibin, oleh Imam an-Nawawiy 10. Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz ibn Baaz, 12/399. 11. Fath al-Bari Jilid 4. Kaheah : Dar al-Hadith, 1998. ms. 244 12. Fatwa Ibn Utsaimin. الصف الأول بين الصبية وكبار السنالعنوان. URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528621924 13. Fatwa beberapa mufti. اصطحاب الأطفال للمساجد. URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528620774

Selasa, Ogos 14, 2012

DI AMBANG IDUL FITRI

Muqaddimah

• Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

• Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.

Bolehkah Bersuka Ria di Hari Raya?

Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.

Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.

Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :
دَعْهُمَا يَا أَبَا بَكْرٍ فَإِنَّهَا أَيَّامُ عِيدٍ

Maksudnya :
"Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya"

Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.

Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar R.HM, Nabi S.A.W pernah bersabda :
مَنْ سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فَذَلِكُمْ الْمُؤْمِنُ

Maksudnya :
"Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati "


Mengapa Mukmin Soleh Bersedih ?

Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.

Secara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-

1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.

2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.

3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.

4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.

5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa.


AMALAN-AMALAN SUNNAH DI HARI RAYA

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Dilakukan pada pagi 1 Syawal sebelum menunaikan solat hari raya Aidilfitri.
Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatta' :
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى

Maksudnya :
“Sesungguhnya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.”

Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.
Hadis yang diriwayatkan daripada al-Fakih bin Sa‘ad R.A berkata :
أَنَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ وَيَوْمَ عَرَفَةَ
Maksudnya :
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W seringkali mandi pada hari raya Idul Fitri, Hari Raya Idul Adha dan Hari ‘Arafah….”

2. Memakai bau-bauhan yang wangi

Sunnah ini hanya bagi kaum lelaki.

3. Memakai pakaian yang paling baik

Pakaian tidak semestinya baru tettapi pakaian yang indah dan rapi sudah mencukupi
Daripada Jabir r.a. katanya : “Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765)

Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn ‘Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.

4. Makan terlebih dahalu sebelum menunaikan solat hari raya ‘Aid al-Fitri

Sunnah memakan tamar dalm bilangan ganjil jika tiada sudah cukup memkan apa-apa juadah sekali pun.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا
Maksudnya :
“Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.”

Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani mengomentari hadith ini dengan berkata : “Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).”

5. Mengajak seluruh ahli keluarga ke tempat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri

Sunnah mengajak seluruh ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan perempuan yang dating haid, diasing perempauan yang dating haid daripada perempuan yang boleh solat.
Bagi perempauan yang dating haid sunnah mereka turut serta ke temapat solat supaya mereka dapat menyaksikan upacara solat Hari Raya dan mendengar khutbah solat raya aidilfitri.

Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata :
أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ, فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ
. Maksudnya:
“Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat.”

6. Keluar dengan berjalan ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.

Hadis yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah R.HM katanya :
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
Maksudnya :
“Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).”

Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar R.HM katanya :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ ، مَاشِيًا وَيَرْجِعُ مَاشِيًا
Maksudnya :
“Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.”


Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini :

i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt
iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam.
v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim.

7. Bertakbir pada hari Raya

Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt :

Maksudnya :
“...Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.”

Sahih juga daripada ‘Abdul Rahman al-Salamiy katanya : “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha, Waki’ berkata : “Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil : 3/122)

Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasa-pasar.

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.

8. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya

Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan :

i. وَمِنْكُمْ تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا - Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua)
ii. مُبَارَكْ عِيْدُ – (Selamat) hari raya yang diberkati.
iii. Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan.

Jubair bin Nufair berkata : “Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan تُقُبَِّلَ مِنَّا وَمِنْكُمْ , Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)

9. Solat Hari Raya

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ‘ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdillah bin Baz menyebut : “Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir kepada kebenaran.”


Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah

Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn ‘Abbas r’anhuma :
أَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ فِي الْعِيدِ ثُمَّ خَطَبَ
Maksudnya : “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”


BEBERAPA KESALAHAN YANG DILAKUKAN PADA HARI RAYA
1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya

Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidukan malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Anggapan ini adalah salah kerana tidak terdapat dari petunjuk Nabi saw. Adapun hadith yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya ini adalah dhoief ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi saw.

Hadith tersebut ialah :
من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب
Maksudnya : “Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya).”

Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan dimana salah satunya Maudhu’ atau PALSU dan salah satu lagi LEMAH.

Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga.

2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya

Perbuatan sebahagian orang yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang bertentangan dengan maksud dan syiar hari raya. Yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan keseronokan.

Perbuatan menziarahi kubur pada hari raya ini juga bertentangan dengan petunjuk Nabi saw dan perbuatan generasi awal umat Islam (al-Salaf) yang dididik oleh Baginda. Perbuatan ini dibimbangi termasuk di dalam larangan Nabi saw dari menjadikan tanah perkuburan sebagai sambutan hari raya, dimana jika dimaksudkan (sunat menziarahi kubur) pada waktu-waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu (seperti pada dua hari raya), maka perbuatan ini termasuk larangan menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat sambutan hari raya seperti yang disebut oleh para ulama.

3. Tasyabbuh (meniru) orang-orang kafir dan orang-orang barat dalam berpakaian dan mendengarkan alat-alat musik serta perbuatan mungkar lainnya.

Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar R.A, Nabi S.A.W telah bersabda:
من تشبه بقوم فهو منهم
…. Maksudnya :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia tergolong dalam kaum tersebut….”

Baginda S.A.W juga bersabda :

Maksudnya :
"Benar-benar akan ada pada umatku beberapa kaum yang mereka menghalalkan zina, sutera (bagi laki-laki), khamr dan alat-alat musik. Dan benar-benar akan turun beberapa kaum menuju kaki gunung untuk melepaskan gembalaan mereka sambil beristirahat, kemudian mereka didatangi seorang fasik untuk suatu keperluan. Kemudian mereka berkata: 'Kembalilah kepada kami besok!' Lalu Allah membinasakan dan menimpakan gunung itu pada mereka dan sebahagian mereka dirubah oleh Allah menjadi kera-kera dan babi-babi hingga hari kiamat"

4. Masuk dan berdua-duaan dengan wanita-wanita yang bukan mahram.

Hal ini dilarang oleh Nabi S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir R.A, Nabi S.A.W bersabda :

إياكم والدخول على النساء فقال رجل من الأنصار يا رسول الله أفرأيت الحمو قال الحمو الموت
.... Maksudnya :
"Hati-hatilah kalian masuk untuk menemui para wanita". Maka berkata salah seorang lelaki Anshar: "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu tentang Al-Hamwu" Beliau berkata: "Al-Hamwu adalah maut"

Al- Allamah Az-Zamakhsyari berkata dalam menerangkan " الحمو Al-Hamwu" "Al-Hamwu bentuk jamaknya adalah Ahmaa' adalah kerabat dekat suami seperti ayah (Ayah dikecualikan berdasarkan nash Al-Qur'anul Karim, lihat "Al-Mughni" 6/570), saudara laki-laki, bapa saudaranya dan selain mereka.

Dan sabda beliau : "Al-Hamwu adalah maut" maknanya ia dikelilingi oleh kejelekan dan kerosakan yang telah mencapai puncaknya sehingga Rasulullah S.A.W menyerupakannya dengan maut, kerana hal itu merupakan sumber segala bencana dan kebinasaan. Yang demikian kerana Al-Hamwu lebih berbahaya daripada orang lain yang tidak dikenal. Sebab kerabat dekat yang bukan mahram terkadang tidak ada kekhuatiran atasnya atau merasa aman terhadap mereka, lain halnya dengan orang yang bukan kerabat. Dan boleh jadi pernyataan "Al-Hamwu adalah maut" merupakan do'a kejelekan..."

5. Wanita-wanita yang bertabarruj (berdandan mempamerkan kecantikan) kemudian keluar ke pasar-pasar atau tempat lainnya.

Ini merupakan perbuatan yang diharamkan dalam syari'at Allah. Allah Ta'ala berfirman :

Maksudnya :
”Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan Dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, Hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”

Nabi S.A.W bersabda:
"Dua golongan manusia termasuk penduduk neraka yang belum pernah aku melihatnya : ........ dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala-kepala mereka bagaikan pundak-pundak unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapatkan bau syurga. Padahal bau syurga dapat tercium dari perjalanan sekian dan sekian"

6. Boros dalam membelanjakan harta yang tidak ada manfaatnya dan tidak ada kebaikan padanya.

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya :
”...dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”

Firman Allah S.W.T lagi :

Maksudnya :
”Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”

Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya :
"Tidak akan berpindah kedua kaki anak Adam pada hari kiamat dari sisi Rabb-nya hingga ditanya tentang... dan hartanya dari mana ia perolehi dan ke mana ia infakkan"

7. Tidak adanya kasih sayang terhadap fakir miskin.

Sehingga anak-anak orang kaya memperlihatkan kebahagiaan dan kegembiraan dengan bebagai jenis makanan yang mereka pamerkan di hadapan orang-orang fakir dan anak-anak mereka tanpa perasaan kasihan atau keinginan untuk membantu dan merasa bertanggung jawab. Padahal disebut dalam hadith yang diriwayatkan Anas bin Malik R.A, Nabi S.A.W pernah bersabda :
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Maksudnya :
“Tidak di kira beriman seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya”

Selasa, Ogos 07, 2012

LAILATUL QADAR & KELEBIHANNYA

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :-
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Waktunya

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?. Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil. Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.


Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?

Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450). Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )


Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar

Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )


Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya. Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia. Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"


Mestikah Mendapat Tanda ?

Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)

Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas. Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya. Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.


Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?

Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.

Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 )


Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?

Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-

1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.

Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.


KELEBIHAN LAILATUL QADAR

Para rasul dan nabi merupakan sebaik-baik manusia. Masjid Al-Aqsa, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Haram merupakan sebaik-baik tempat. Bulan Ramadan merupakan sebaik-baik bulan. Hari Jumaat merupakan sebaik-baik hari dan malam Lailatul Qadr merupakan malam yang terbaik dan malam yang paling mulia. dalam usaha memburu malam Lailkatul Qadr adalah baiknya kita mengetahui terlebih dahulu apakah keistemewaan dan kemuliaan yang terkandung dalam malam tersebut. Diantara kelebihan dan keistimewaan malam Lailatul Qadr:

1) Lebih Baik dan Lebih Istemewa Dari Seribu bulan

-Firman Allah mafhumnya:

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala usrusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar” 1


2. Malam diturunkan kitab suci Al-Quran.

-Firman Allah mafhumnya: "Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala usrusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar” 2


3. Ibadah lebih baik daripada 80 tahun Ibadah Bani Israel
- Amalan yang dilakukan pada malam tersebut lebih baik daripada amalan yang dilakukan oleh Bani Israel selama 80 tahun.

- Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w :
“Pada suatu hari Rasulullah SAW telah menceritakan 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira”.


4. Malam Lailatul Qadar malam berkat
- Pada Malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk Malam Malam ini juga disifatkan sebagai Malam berkat, firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada Malam yang diberkati.” 3


5. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia

- Firman Allah bermaksud :
            •        
Maksudnya :
“Haa miim. Demi Kitab (Al Quran) yang menjelaskan, Sesungguhnya kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi[1369] dan Sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah…”(al-Quran, Surah ad-Dukhan 1-4)
- Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada Malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.


6. Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan Malam
Sabda Nabi:
“Barangsiapa yang menghidupkan bulan ramadhan (qiyam) dengan keimanan serta mengharapkan ganjaran pahala dari Allah Maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu". 5


Doa pada malam lailatul Qadr اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عني
“ Ya Allah sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha pengampun dan maha mulia, engkau sukakan keampunan, maka ampunilah daku”

PERBINCANGAN MENGENAI TARIKH NUZUL AL-QURAN

Ulama’ berselisih pendapat berhubung bilakah al-Qur’an diturunkan. Pendapat yang agak masyhur mengemukakan 17 Ramadhan sebagai tarikh nuzul Al-Qur’an. Pendapat ini dipegangi sebahagian ulama’ sirah.

Antara ulama’ sirah yang kuat berpegang kepada pendapat ini ialah Syaikh al-Khudhari dalam karyanya; Muhadharat Tarikh al-Umam al-Islamiyyah.[1] Pendapat ini merujuk kepada suatu riwayat daripada al-Waqidi menerusi Abu Ja’far al-Baqir yang mengatakan bahawa (penurunan ) wahyu kepada Rasulullah s.a.w bermula pada hari Isnin, 17 Ramadhan dan dikatakan pada 24 Ramadhan. Riwayat ini dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah:
روى الواقدي بسنده عن أبي جعفر الباقر أنه قال: كان ابتداء الوحي إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم الاثنين لسبع عشرة ليلة خلت من رمضان وقيل في الرابع والعشرين منه.[2]
Ada suatu hal yang agak menarik dalam kita membincangkan pendapat yang menyatakan 17 Ramadhan sebagai tanggal nuzul Al-Qur’an. Setelah saya meneliti kitab Sirah Ibn Hisyam berhubung tajuk “ Ibtida’ Tanzil Al-Qur’an” ( Bermulanya nuzul Al-Qur’an ), terdapat semacam satu kekeliruan apabila Ibn Hisyam ada membuat catatan berikut:
قال ابن إسحاق: فابتدئ رسول الله صلى الله عليه وسلم بالتنزيل في شهر رمضان، يقول الله عز وجل: ] شهر رمضان الذي أنزل فيه القرءان هدى للناس وبينت من الهدى والفرقان [ وقال الله تعالى: ] إنا أنزلنه في ليلة القدر … [ ...وقال تعالى: ] إن كنتم آمنتم بالله وما أنزلنا على عبدنا يوم الفرقان يوم التقى الجمعان [. وذلك ملتقى رسول الله صلى الله عليه وسلم والمشركون ببدر. قال ابن إسحاق: وحدثني أبو جعفر محمد بن علي بن حسين: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم التقى هو والمشركون ببدر يوم الجمعة، صبيحة سبع عشرة من رمضان. قال ابن إسحاق: ثم تتام الوحي إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، وهو مؤمن بالله مصدق بما جاءه منه ...إلخ[3]

Jika diperhatikan dan dihalusi, kenyataan di atas semacam mengaitkan elemen ‘al-furqan’ yang terdapat dalam al-Qur’an dengan ‘hari al-Furqan’yang membezakan antara haq dan batil yang merujuk kepada hari Peperangan Badr yang berlaku pada 17 Ramadhan. Oleh kerana perkara ini disebut di bawah tajuk “ Ibtida’ Tanzil al-Qur’an”, berkemungkinan ada pihak yang memahami bahawa nuzul Al-Qur’an juga berlaku pada tarikh yang sama.

Pendapat-pendapat lain tentang nuzul Al-Qur’an sebagaimana diutarakan oleh Syaikh Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri, ianya berlaku pada 7 Ramadhan, ada yang mengatakan 18 Ramadhan. Beliau sendiri membuat pilihan dan tarjih yang berbeza dengan ulama’ lain. Menurut beliau, nuzul Al-Qur’an jatuh pada 21 Ramadhan. Antara alasan yang dikemukakan seperti berikut:

1. Semua ulama’ sirah atau majoriti dari kalangan mereka sepakat mengatakan bahawa Nabi s.a.w dibangkitkan pada hari Isnin berdasarkan hadith Abu Qatadah r.a dalam Sahih Muslim dan lain-lain.

2. Hari Isnin pada tahun Nabi s.a.w dibangkitkan jatuh sama ada pada hari 7 Ramadhan, 14 Ramadhan, 21 Ramadhan dan 28 Ramadhan. Hadith-hadith yang sahih ada menyebut bahawa malam al-Qadr tidak berlaku melainkan pada malam-malam ganjil, sepuluh malam terakhir Ramadhan.

3. Setelah dibuat perbandingan antara firman Allah: ( إنا أنزلنه في ليلة القدر ) dan riwayat Abu Qatadah tentang penentuan hari Isnin sebagai hari Nabi s.a.w dibangkitkan serta dipadankan dengan perhitungan taqwim yang tepat bilakah sebenarnya jatuh hari Isnin pada bulan Ramadhan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, jelaslah bahawa baginda dibangkitkan pada malam 21 Ramadhan.[4]


Pendapat seterusnya, nuzul Al-Qur’an jatuh pada 24 Ramadhan. Pendapat ini berdasarkan hadith berikut:
قال الإمام أحمد: حدثنا أبو سعيد مولى بني هاشم، حدثنا عمران أبو العوام عن قتادة عن أبي المليح عن واثلة ابن الأسقع أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أنزلت صحف إبراهيم عليه السلام في أول ليلة من رمضان، وأنزلت التوراة لست مضين من رمضان، والإنجيل لثلاث عشرة خلت من رمضان، وأنزل الله الفرقان لأربع وعشرين خلت من رمضان.[5]

Hadith di atas dihukumkan hasan oleh Syaikh al-Albani, manakala Syaikh Ahmad Shakir menghukumkan sanad hadith ini sebagai sahih.

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, hadith di atas bertepatan dengan firman Allah SWT (Surah al-Baqarah: Ayat 185):
شهر رمضان الذي أنزل فيه القرءان

Dan firmanNya ( Surah al-Qadr : Ayat 1 ) :
إنا أنزلنه في ليلة القدر

Kata beliau, berkemungkinan lailah al-Qadr berlaku pada tahun kebangkitan Nabi s.a.w pada malam tanggal 24 Ramadhan di mana Al-Qur’an diturunkan secara sekali gus ke langit dunia dan pada masa yang sama ( 24 Ramadhan ) wahyu pertama diturunkan, iaitu firman Allah SWT :
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ [6]

Imam al-Tabari juga ada menyebut satu riwayat dengan sanadnya menerusi Sa’id Bin Jubair daripada Ibn Abbas r.a katanya: Al-Qur’an diturunkan sekali gus dari Lauh Mahfuz pada malam 24 Ramadhan, kemudiannya ia ditempatkan di Bait al-‘Izzah.[7]

Imam al-Qurtubi pula menyebut hadith Wathilah Bin Al-Asqa’ di atas dan menyatakan bahawa hadith tersebut merupakan dalil atau hujah yang terhadap pendapat Hasan al-Basri yang menegaskan bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam 24 Ramadhan.[8]

Al-Hafiz Ibn Kathir juga ada membawa hadith Wathilah ini dalam mentafsirkan maksud ayat 185, Surah al-Baqarah, kemudian beliau menyatakan bahawa Ibn Mardawaih juga ada meriwayatkan hadith daripada Jabir Bin ‘Abdullah r.a seumpama hadith Wathilah dengan sedikit perbezaan pada matan hadith berkenaan.[9] Beliau juga ada menyebut hadith ini dalam al-Bidayah wa al-Nihayah dan menyatakan bahawa berdasarkan hadith Wathilah ini, sebahagian ulama’ dari kalangan para sahabat dan tabi’in berpendapat bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam 24 Ramadhan.[10]

Turut menyebut hadith Wathilah ,Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di mana beliau mengambil hadith ini bagi menjelaskan nuzul Al-Qur’an berlaku pada tanggal 24 bulan Ramadhan.[11]


Kesimpulan yang dapat dibuat setelah meneliti pendapat-pendapat yang dikemukakan di atas berhubung hari nuzul Al-Qur’an seperti berikut :

1. Pendapat yang menyebut nuzul Al-Qur’an jatuh pada 17 Ramadhan bersandarkan riwayat al-Waqidi. Menurut ulama’ al-Jarh wa al-Ta’dil, al-Waqidi ( m. 207 H ), nama penuh beliau: Muhammad Bin Umar Bin Waqid al-Aslami seorang perawi yang lemah ( matruk ) dan tidak diterima riwayatnya[12]. Pendapat ini juga ditolak oleh Syaikh al-Zurqani kerana ia bercanggah dengan pendapat yang masyhur lagi sahih.[13]

2. Pendapat Syaikh Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri yang menyatakan nuzul Al-Qur’an jatuh pada tanggal 21 Ramadhan merupakan cetusan ijtihad beliau semata-mata berdasarkan penelitian beliau terhadap hadith Abu Qatadah dan perkiraan taqwim yang dipegangi beliau. Malam al-Qadr boleh berlaku pada malam-malam genap dan juga boleh berlaku pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir Ramadhan.

3. Pendapat yang menyebut bahawa nuzul Al-Qur’an jatuh pada 24 Ramadhan adalah kuat dan rajih. Ini berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

i. Pendapat ini bersandarkan hadith marfu’ yang sahih dan diperakui oleh tokoh-tokoh dalam bidang hadith. Sebagaimana yang termaklum, apa jua permasalahan dalam Agama Islam perlu dirujuk kepada nas Al-Qur’an dan hadith. Dalam hal ini, hadith Wathilah Bin al-Asqa’ adalah rujukan utama dalam menentukan bilakah berlakunya nuzul Al-Qur’an.

ii. Matan hadith dengan jelas menyebut bahawa al-Qur’an diturunkan pada 24 Ramadhan.

iii. Maksud atau mafhum hadith diterima pakai oleh ulama’ muktabar dari kalangan ahli hadith dan para mufassirin dan dijadikan hujah bagi menetapkan tanggal 24 Ramadhan sebagai tarikh tepat bagi nuzul Al-Qur’an. Rujuk kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar, Imam al-Qurtubi dan al-Hafiz Ibn Kathir.


Oleh: Dr. Ahmad Najib Abdullah – Pensyarah UM, Nilam Puri. anis_alqari@yahoo.com

________________________________________
[1] Lihat: al-Mubarakfuri, Syaikh Safiyy al-Rahman, al-Rahiq al-Makhtum, Beirut : al-Maktabah al-Thaqafiyyah, h77. [2] Al-Dimisyqi, Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, Beirut : Dar al-Fikr, 3/6. [3] Ibn Hisyam, al-Sirah al-Nabawiyyah,1/239-240. [4] Lihat: al-Rahiq al-Makhtum, h.77 [5] Imam Ahmad,al-Musnad , Beirut : al-Maktab al-Islami 4/107, al-Baihaqi , al-Sunan al-Kubra 9/188, al-Tabarani, al-Mu’jam al-Kabir, No 185. Al-Tabari, Ibn Jarir, Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayi al-Qur’an, ( Tahqiq: Ahmad Shakir ),al-Qahirah: Dar al-Ma’arif, 3/446, Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, No 1575. Lihat : Yasin, Dr. Hikmat Bashir,( 1994 ), Marwiyyat al-Imam Ahmad Bin Hanbal Fi al-Tafsir, Riyadh: Maktabah al-Muayyad, 1/128. [6] Al-‘Asqalani, Ibn Hajar,( 1988 ), Fath al-Bari, al-Qahirah: Dar al-Rayyan li al-Turath 8/621. [7] Al-Tabari, Jami’ al-Bayan 3/445. [8] Al-Qurtubi, Muhammad Bin Ahmad al-Ansari, al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, Beirut: Muassasah Manahil al-‘Irfan 2/198 [9] Al-Dimisyqi, Ibn Kathir, ( 2004 ),Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Riyadh: Dar ‘Alam al-Kutub, 2/180, lihat juga: 14/411 [10] Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/6 [11] Al-Albani, Muhammad Nasiruddin,( 1421 H ), Sahih al-Sirah al-Nabawiyyah, Amman : al-Maktabah al-Islamiyyah, h.90 [12] Al-Baghdadi, al-Khatib, Tarikh Baghdad, 3/31, al-Zahabi, Muhammad Bin Ahmad Bin Uthman, ( 1992 ), Siyar A’lam al-Nubala’,Beirut : Muassasah al-Risalah, 9/454, 469, Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta’dil, 8/20 [13] Lihat: Manahil al-‘Irfan, 1/52

Selasa, Julai 24, 2012

HADIS KELEBIHAN SOLAT TARAWIH PALSU???

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:

• Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

• Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

• Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

• Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

• Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

• Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

• Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh


Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain.

Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah Maksudnya :
Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.


Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih. 4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

KEPALSUAN HADIS TIGA FASAL RAMADAN

" أول شهر رمضان رحمة و أوسطه مغفرة و آخره عتق من النار "

Maksudnya,
"Awal Bulan Ramadhan adalah Rahmah, pertengahannya adalah Maghfirah (keampunan) dan akhirnya dibebaskan daripada neraka."

Takrij :
قال الألباني في " السلسلة الضعيفة و الموضوعة " 4 / 70 : منكر . أخرجه العقيلي في " الضعفاء " ( 172 ) و ابن عدي ( 165 / 1 ) والخطيب في " الموضح " ( 2 / 77 ) و الديلمي ( 1 / 1 / 10 - 11 ) و ابن عساكر ( 8 / 506 / 1 ) عن سلام بن سوار عن مسلمة بن الصلت عن الزهري عن أبي سلمة عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : فذكره . و قال العقيلي : " لا أصل له من حديث الزهري " . قلت : و قال ابن عدي : " و سلام ( ابن سليمان بن سوار ) هو عندي منكر الحديث ، و مسلمة ليس بالمعروف " . و كذا قال الذهبي . و مسلمة قد قال فيه أبو حاتم : " متروك الحديث " كما في ترجمته من " الميزان " ، و يأتي له حديث آخر برقم ( 1580 ) .

Mereka Yang Mendhaifkan
Adapun para muhaddits yang mempermasalahkan riwayat ini antara lain:
1. Imam As-Suyuthi
Beliau mengatakan bahwa hadits ini dhaif (lemah periwayatannya).
2. Syeikh Al-Albani
Beliau mengatakan bahwa riwayat ini statusnya munkar. Jadi sebenarnya antara keduanya tidak terjadi pertentangan. Hadits munkar sebebarnya termasuk ke dalam jajaran hadits dhaif juga. Sebagai hadits munkar, dia menempati urutan ketiga setelah hadits matruk (semi palsu) dan maudhu' (palsu).

Sementara sanadnya adalah:
1. Sallam bin Sawwar
2. dari Maslamah bin Shalt
3. dari Az-Zuhri
4. dari Abu Salamah
5. dari Abu Hurairah
6. dari nabi SAW

Dari rangkaian para perawi di atas, perawi yang pertama dan kedua bermasalah. Yaitu Sallam bin Sawwar dan Maslamah bin Shalt.

Sallam bin Sawwar disebut oleh Ibnu Ady, seorang kritikus hadits, sebagai munkarul hadits. Sedangkan oleh Imam Ibnu Hibban, dikatakan bahwa haditsnya tidak bisa dijadikan hujjah (pegangan), kecuali bila ada rawi lain yang meriwayatkan haditsnya. Perkataan Ibnu Hibban ini bisa kita periksa dalam kitab Al-Majruhin.

Sedangkan Maslamah bin Shalt adalah seorang yang matruk, sebagaimana komentar Abu Hatim. Secara etimologis, matruk berarti ditinggalkan. Sedangkan menurut terminologi hadits, hadits matruk adalah hadits yangdalam sanadnya ada rawi yang pendusta. Dan hadits matruk adalah 'adik' dari hadits maudhu' (palsu).

Bezanya, kalau hadits maudhu' itu perawinya adalah seorang pendusta, sedangkan hadits matruk itu perawinya sehari-hari sering berdusta. Kira-kira hadits matruk itu boleh dibilang semi maudhu'.


Kesimpulan

Kesimpulannnya, haditsi ini punya dua gelar.

Pertama, gelarnya adalah hadits munkar karena adanya Sallam bin Sawwar. Gelar kedua adalah hadits matruk karena adanya Maslamah bin Shalt.

Memang benar, terdapat hadis lain seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaymah dalam kitab sohihnya, tetapi beliau sendiri meraguiinya apabila menyebut di awal bab itu,
إن صح الخبر

Ertinya : "Jika sohih khabar ini" ( Rujuk ibn Khuzaymah)

Imam Ibn Hajar al-Hathami memberi komentar setelah membawakan hadis panjang lebar yang mengandungi maksud petikan hadis pendek tadi, berkata :-
وفي سنده من صحح وحسن له الترمذي لكن ضعفه غيره ومن ثم ذكره ابن خزيمة في صحيحه وعقبه بقوله إن صح
Ertinya : "tentang sanadnya, terdapat mereka yang mensohihkannya, dan mengganggapnya hasan seperti Imam Tirmidzi, tetapi ia dianggap lemah orang ulama selain mereka, Ibn khuzaymah menyebutnya dalam kitab sohihnya tetapi diakhiri dengan katanya : sekiranya sohih" ( Az-Zawajir, Ibn Hajar Al-haithami, 1/384 )


Saya juga tidaklah hairan mengapa para penceramah dan sebahagian ulama kerap menggunakannya, ini adalah kerana hadis ini memang terdapat dalam agak banyak kitab-kitab arab silam samada Fiqh dan hadis tanpa dijelaskan kedudukan dan taraf kekuatannya , antaranya seperti berikut :-

1) I'anah at-Tolibin, 2/255;
2) Tabyin al-haqaiq, 1/179;
3) Syarah Faidhul Qadir, 1/469 ;
4) Targhib wa at-tarhib, 2/58

Apapun, yang lebih penting, banyak lagi ayat al-Quran dan hadith sohih serta hasan berkenaan puasa yang boleh dijadikan modal ceramah para penceramah.
Sebagai akhirnya ini adalah hadis yang panjang riwayat Ibn Khuzaymah yang dikatakan jika sohih olehnya sendiri, tetapi ianya telah dikomen oleh Imam Al-Ayni dalam kitab 'Umdah Al-Qari' sebagai munkar juga. Berikut petikannya :-
خطبنا رسول الله آخر يوم من شعبان فقال يا أيها الناس إنه قد أظلكم شهر عظيم شهر مبارك فيه ليلة خير من ألف شهر فرض الله صيامه وجعل قيام ليله تطوعا فمن تطوع فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه ومن أدى فيه فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة وهو شهر الصبر والصبر ثوابه الجنة وهو شهر المواساة وهو شهر يزاد رزق المؤمن فيه من فطر صائما كان له عتق رقبة ومغفرة لذنوبه قيل يا رسول الله ليس كلنا نجد ما يفطر الصائم قال يعطي الله هذا الثواب لمن فطر صائما على مذقة لبن أو تمرة أو شربة ماء ومن أشبع صائما كان له مغفرة لذنوبه وسقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة وكان له مثل أجره من غير أن ينقص من أجره شيئا وهو شهر أوله رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار ومن خفف عن مملوكه فيه أعتقه الله من النار ) ولا يصح إسناده وفي سنده إياس قال شيخنا الظاهر أنه ابن أبي إياس قال صاحب ( الميزان ) إياس بن أبي إياس عن سعيد بن المسيب لا يعرف والخبر منكر

SOLAT TARAWIH DAN KELEBIHANNYA

Muqaddimah

Solat tarawih adalah solat yang dikerjakan pada malam-malam dalam bulan ramadhan al-mubarak dan waktu mengerjakannya adalah selepas solat isyak dan sebelum solat witir. Solat tarawih adalah salah satu daripada ibadah-ibadah dalam bulan ramadhan yang penuh berkat dan paling besar kesannya dihati kaum muslimin. Ia juga mempunyai darjat dan keutamaan yang dirahsiakan oleh allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. Bersabda :
من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه...
Maksudnya : "sesiapa beribadat pada malam-malam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada allah (s.w.t.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh allah (s.w.t.)." (riwayat al-bukhari)

Maksud daripada hadith tersebut ialah bahawa setiap orang yang menyemarakkan malam-malam bulan ramadhan dengan mengerjakan solat, zikir dan membaca al-quran dengan penuh keimanan kepada allah s.w.t. Dan mengharap akan pahalanya, maka allah s.w.t. Akan mengampunkan dosa-dosanya pada masa silam, selama mana dosa-dosa itu adalah dosa-dosa kecil. Adapun mengenai dosa-dosa besar, maka wajib melalui jalan taubat nasuha. Demikianlah pendapat para ulama fekah.


Orang yang mula-mula mengerjakan solat tarawih

Orang yang mula-mula mengerjakan solat tarawih menurut ibnu qudamah dalam kitabnya yang lengkap "al-mughni" berkata: "solat tarawih adalah sunnat muakkad. Orang yang pertama kali mengerjakannya adalah rasulullah s.a.w.. Hal ini berdasarkan kepada satu hadith yang diriwayatkan oleh abu hurairah yang bermaksud : "rasulullah s.a.w. Menyemarakkan ibadah pada malam hari bulan ramadhan dengan tidak mewajbkan kepada umatnya. Baginda s.a.w. Bersabda yang bermaksud : "sesiapa beribadat pada malam hari bulan ramadhan dengan penuh keimanan kepada allah (s.w.t.) Dan mengarapkan pahala daripada-nya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (riwayat imam muslim)

Saiyidatina aisyah r.a telah meriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud : "pada suatu malam nabi muhammad s.a.w. Solat dimasjid, maka para sahabat mengikuti solatnya. Pada malam berikutnya, baginda s.a.w. Solat lagi dimasjid dan para sahabat yang mengikutinya bertambah ramai. Lalu mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, tetapi nabi muhammad s.a.w. Tidak keluar kemasjid untuk solat bersama mereka. Pada sebelah paginya nabi muhammad s.a.w. Bersabda: "sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan dan tidak ada sesuatu apa pun yang mencegah aku untuk keluar mengerjakan solat bersama kamu semua kecuali aku khuatir kalau- kalau kamu menganggap solat itu diwajibkan atas kamu." (riwayat muslim)

Abu hurairah r.a. Meriwayat sebuah hadith yang bermaksud:
"nabi muhammad s.a.w. Keluar kemasjid. Kebetulan pada malam bulan ramadhan itu para sahabat mengerjakan solat ditepi-tepi masjid. Baginda s.a.w. Bertanya: 'siapa mereka itu?' ada yang menjawab" 'mereka adalah para sahabat yang tidak dapat membaca al-quran, tetapi ubai bin kaab solat ditengah-tengah mereka dan mereka ikut solat bersamanya.' nabi muhammad s.a.w. Bersabda: 'mereka telah mendapatkan pahala dan sebaik-baik amalan adalah apa yng mereka lakukan itu." (riwayat abu dawud)

Adapun panggilan solat tarawih adalah dinisbahkan kepada khalifah 'umar ibnu al-khattab r.a. Kerana beliaulah yang mengumpulkan orang ramai untuk melakukan solat pada malam bulan ramadhan itu dibawah pimpinan seorang imam iaitu ubai bin ka'ab. Imam al-bukhari meriwayatkan daripada abdurrahman bin abdul-qari, beliau berkata : "saya keluar bersama umar ibnu al-khattab pada suatu malam bulan ramadhan. Kebetulan pada saat itu orang ramai sedang mengerjakan solat secara berjama'ah dalam beberapa kelompok. Ada pula seorang yang bersolat secara bersendirian dan ada pula yang solat keseorangan tetapi kemudian diikuti oleh orang lain sehingga menjadi suatu kumpulan. Melihat keadaan itu umar berkata: 'saya berpendapat, sekiranya mereka ini dihimpunkan dibawah satu imam, nescaya ia adalah lebih baik." kemudian umar melaksanakan pendapatnya dan menghimpunkan orang ramai untuk mengerjakan solat dibawah seorang imam iaitu ubai bin ka'ab."

Seterusnya abdurrahman bin abdul qari menerangkan bahawa pada malam hari yang lain, dia keluarlagi dengan umar dan pada ketika itu umat islam mengerjakan solat dibelakang seorang qari. Maka umar berkata: "sebaik-baik bid'ah adalah ini. Adapun orang yang tidur pada awal malam seraya bermaksud akan mengerjakan solat lail (tarawih) pada malam hari, yang demikian itu adalah lebih utama daripada orang yang mengerjakannya pada awal malam. Akan tetapi umat islam mengerjakan pada awal malam." (dikeluarkan oleh imam al-bukhari)

Berdasarkan pada keterangan hadith-hadith sohih diatas, maka jelaslah bahawa orang yang mula-mula mengerjakan solat tarawih dalam kaitannya dengan ibadah pada bulan ramadhan adalah junjungan agung kita nabi muhammad s.a.w. .

Baginda rasulullah s.a.w. Mengerjakan bersama para sahabat tiga atau empat malam. Setelah itu nabi muhammad s.a.w. Tidak keluar untuk mengerjakan bersama para sahabat lagi kerana nabi muhammad s.a.w. Khuatir solat tarawih dianggap wajib oleh umatnya. Dalam hal ini adalah sebagai rahmat dan tanda sangat sayang kepada umatnya. Keterangan yang lebih jelas lagi disebutkan oleh al-bukahri dan muslim maksudnya: "sesungguhnya nabi muhammad s.a.w. Keluar pada waktu tengah malam pada bulan ramadhan kemudian solat dimasjid. Beberapa orang mengikuti solat baginda rasulullah s.a.w.. Pada sebelah paginya mereka menceritakan perkara tersebut kepada teman-teman mereka.

Maka pada malam hari berikutnya para sahabat yang berhimpun lebih ramai lagi. Pada malam yang kedua ini nabi muhammad s.a.w. Keluar untuk mengerjakan solat dan para sahabat pun mengikuti solatnya. Pada sebelah paginya para sahabat menyebut-nyebut perkara itu, maka pada malam ketiga orang-orang yang berhimpun dimasjid bertambah ramai lagi. Nabi muhammad s.a.w. Keluar kemasjid mengerjakan solat pada malam ketiga itu dan para sahabat mengikutinya.

Kemudian pada malam yang keempat, masjid tidak lagi muat untuk menampung orang ramai yang datang berhimpun tetapi nabi muhammad s.a.w. Tidak keluar kemasjid. Beberapa orang sahabat ada yang melaungkan azan "al-solah! Al-solah!", tetapi nabi muhammad s.a.w. Tidak keluar juga. Apabila masuk waktu subuh, barulah nabi muhammad s.a.w. Keluar kemasjid. Setelah selesai solat subuh, nabi muhammad s.a.w. Menghadap para sahabat, membaca syahadat dan kemudian bersabda: 'sesungguhnya aku bukannya tidak tahu bagaimana keadaan kamu malam tadi, akan tetapi aku khuatir kalau-kalau kamu menganggap bahawa hal ini (solat malam ramadhan) diwajibkan atas kamu, maka kamu tidak mampu mengerjakannya.'

Dalam riwayat yang lain disebutkan: "sehingga nabi muhammad s.a.w. Wafat keadaan masih tetap seperti itu."


Mengapa disebut solat tarawih

Solat pada malam bulan ramadhan itu disebut 'tarawih' kerana solatnya panjang, raka'atnya banyak dan orang yang melakukannya beristirahat pada setiap selesai menunaikan empat raka'at sebelum menyambungnya lagi. Oleh kerana adanya rehat maka inilah disebut "tarawih".

Ibnu manzur dalam kitab 'lisanul arabi' menerangkan bahawa 'altarawih' adalah bentuk jamak daripada 'tarwihah' adalah isim marrah (isim yang menunjukkan makna satu kali) daripada 'ar-rahah'.

Jadi makna 'tarwihah' itu adalah satu kali istirehat. Hal ini sama dengan kata 'taslimah' (satu kali salam) yang berasal daripada perkataan 'assalam'. Disebut 'tarawih' kerana orang yang melakukannya mengambil beberapa kali istirehat pada setiap kali selesai mengerjakan solat empat raka'at, kemudian dia menerangkan pula bahawa 'ar-rahah' itu ertinya lega atau segar adalah lawan daripada kata 'at-ta'ab' yang bererti penat.

Didalam sebuah hadith ada diterangkan bahawa apabila masuk waktu solat,nabi muhammad s.a.w. Berkata pada bilal: "marilah kita beristirehat dengan solat.' Maksudnya ialah, azanlah untuk solat, wahai bilal! Maka kita akan beristirehat dengan solat itu, istirehat nabi muhammad s.a.w. Menerusi solat kerana didalamnya sebagai munajat kepada allah s.w.t.. Hal ini sesuai dengan sabda nabi muhammad s.a.w. Yang bermaksud: "hatiku dan jiwaku menjadi tenteram ketika dalam solat."

Dengan demikian solat tarawih adalah sunnat yang dilaksanakan dalam kaitannya dengan ibadah pada malam-malam bulan ramadhan al-mubarak sebagaimana yang akan diterangkan menerusi hadith-hadith dalam bab seterusnya.


Bilangan raka'at solat tarawih

Solat tarawih adalah termasuk solat sunnat muakkad berdasarkan hadith-hadith yang telah disebutkan tadi. Bilangan raka'atnya berjumlah 20 raka'at tidak termasuk solat witir. Jika dimasukkan solat witir maka manjadi 23 raka'at. Demikian berdasarkan pada sunnah yang telah berlaku dan berdasarkan pada sunnah umat islam, sama ada daripada golongan ulama salaf maupun khalaf sejak zaman khalifah umar ibnu al- khattab r.a. Sehinggalah kezaman kita sekarang.

Tidak seorang pun antara imam-imam mazhab yang empat, ahli fekah yang mujtahid memperselisihkannya kecuali ada satu riwayat saja yang menerangkan iaitu imam darul hijrah (imam malik bin anas) yang menambah sehingga 30 raka'at.

Demikian pula dalam riwayat yang kedua dari imam malik yang berdasarkan pada amalam penduduk madinah bersumberkan dari nafi' yang berikut: "saya menjumpai umat islam (madinah) mengerjakan solat tarawih 39 raka'at bersama witirnya tiga raka'at."

Akan tetapi menurut riwayat yang masyhur daripada imam malik dan bahkan riwayat yang amshyur ini sesuai dengan pendapat jumhur ulama daripada kalangan syafi'i, hambali dan hanafi mengatakan bahawa solat tarawih itu berjumlah 20 raka'at. Oleh kerana itu, berdasarkan pada riwayat yang mashyur ini, maka telah menjadi kesepekatan antara imam-imam mazhab yang empat. Semoga allah s.w.t. Melindungi orang-orang mukmin daripada permusuhan yang membinasakan.


Dalil-dalil para mujtahidin

Para imam mujtahid menetapkan bahawa solat tarawih berjumlah 20 raka'at berdasarkan hadith riwayat al-baihaqi dan riwayat lain dengan sanad yang sorih lagi sohih daripada saib bin ziyad, yakni seorang sahabat yang terkenal. Saib berkata: "pada zaman umar ibnu al-khattab r.a. Umat islam mengerjakan solat tarawih dalam bulan ramadhan sebanyak 20 raka'at."

Mereka berhujah juga dengan hadith riwayat imam malik dalam kitab al-muwatta' dan riwayat al-baihaqi daripada yazid bin rauman. Yazid bin rauman berkata: "pada zaman umar ibnu al-khattab r.a. Orang ramai mengerjakan solat tarawih sebanyak 23 raka'at." yakni, 20 raka'at tarawih dan 3 raka'at witir.

Mereka juga berhujah dengan hadith yang diriwayatkan daripada al-hasan yang mengatakan bahawa umar r.a. Telah menghimpun orang ramai untuk mengerjakan solat dibelakang ubai bin ka'ab sebagai imamnya dengan mengerjakan solat tarawih 20 raka'at. Ubai bin kh'ab tidak membaca qunut bersama mereka kecuali pada malam separuh kedua daripada bulan ramadhan. Apabila masuk separuh ketiga yang akhir daripada bulan ramadhan, ubai bin ka'ab menghilang, yakni dia mengerjakan solat dirumahnya sendiri, lalu jama'ah pun berkata: "ubai telah lari."

Ibnu qudamah menceritakan didalam kitab al-mughni bahawa telah terjadi ijma atas bilangan solat tarawih iaitu 20 raka'at. Dan diriwayatkan daripada imam malik bahawa bilangan raka'at tarawih itu 36 raka'at. Dia berkata: "solat pada malam-malam bulan ramadhan adalah 20 raka'at. Ia adalah sunnat muakkad dan orang yang mula-mula mengerjakannya adalah nabi muhammad s.a.w. Adapun nama tarawih itu dinisbahkan kepada umar ibnu al-khattab r.a. Ini kerana umar menghimpun umat islam untuk mengerjakan solat tarawih secara jemaah dibelakang ubai bin ka'ab yang bertindak sebagai imam."

Telah diriwayatkan oleh para ahli hadith bahawa pada suatu malam dalam bulan ramadhan, umar ibnu al-khattab keluar kemasjid, kebetulan ketika itu umat islam solat dimasjid sendiri-sendiri. Lalu umar berkata: "seabiknya aku himpunkan mereka dibawah pimpinan seorang ahli qiraat." maka beliau pun mengumpulkan umat islam dan solat dibelakang ubai bin ka'ab. Kemudian pada malam berikutnya dia keluar lagi dan menyaksikan orang ramai mengerjakan solat dibelakang imam. Maka berkatalah umar ibnu al-khattab: "sebaik-baik bida'ah adalah ini."

Seterusnya ibnu qudamah menjelaskan bahawa yang dipilih oleh imam ahmad bin hanbal adalah 20 raka'at. Demikian juga 20 raka'at ini dipilih oleh al-thauri, abu hanifah dan al-syafi'i, sedangkan imam malik memilih 36 raka'at dengan menyandarkan pada amalan penduduk madinah dan bagi kami, sesungguhnya umar ibnu al-khattab ketika mengumpulkan orang ramai mengerjakan solat dibelakang ubai bin ka'ab sebanyak 20 raka'at.

Imam malik meriwayatkan dengan sanad dari yazid bin abdurrahman: "umat islam pada zaman umar mengerjakan qiyamullail sebanyak 23 raka'at."

Diriwayatkan daripada ali k.w. Bahawa beliau telah menyuruh seseorang untuk menjadi imam tarawih pada bulan ramadhan dan mengerjakan 20 raka'at. Ini adalah seperti ijma'. Seterusnya ibnu qudamah berkata: "seandainya seluruh penduduk madinah mengerjakan 36 raka'at, nescaya bilangan raka'at yang dikerjakan oleh umar ibnu al-khattab dan telah diijma'kan oleh para sahabat yang lain ketika itu lebih utama untuk diikuti. Kerana sesungguhnya penduduk madinah mengerjakan bilangan raka'at sedemikian itu hanya kerana mereka ingin menyemai amalan penduduk makkah bertawaf tujuh kali setiap selesai dua kali salam (empat raka'at). Oleh sebab itu penduduk madinah menggantikan tujuh kali tawaf tadi dengan empat raka'at. Namun demikian, apa yang telah ditetapkan oleh para sabahat nabi muhammad s.a.w. Adalah lebih utama untuk diikuti."

Diriwayatjan juga ali k.w. Mengelilingi masjid-masjid pada bulan ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "semoga allah s.w.t. Menerangi kubur umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." Berhubung dengan ayat-ayat yang dibaca dalam solat tarawih, imam ahmad berkata: "seseorang yang menjadi imam solat tarawih hendaklah membaca ayat-ayat yang dirasakan dapat meringankan makmumnya dan bukan yang memberat-beratkan mereka. Jadi bacaan ayat-ayatnya adalah yang meringankan bagi makmumnya." al-qadhi berpendapat bahawa bacaan ayat suci al-quran itu sunnat khatam dalam satu bulan agar dapat didengar oleh semua jama'ah dan hendaknya jangan menambah daripada satu kali khatam itu kerana khuatir memberatkan kepada makmum yang solat dibelakang. Kami berpendapat bahawa yang masyhur dalam mazhab maliki adalah 20 raka'at berdasarkan bahawa inilah imam-imam mujtahid berijma atas keutamaan mengerjakan 20 raka'at.

Syeikh al-dardir dalam kitabnya 'aqrabul masalik'ala mazhab al-imam malik' juzuk 1:552, beliau menulis: "bahawa solat tarawih itu 20 raka'at dilaksanakn selepas solat isyak dan salam setiap dua raka'at selain witir. Didalam tarawih itu disunnatkan dikerjakan dirumah jika masjid telah penuh dengan jama'ah yang mendirikan solat tarawih. Akan tetapi jika amsjid kosong daripada solat tarawih maka yang lebih utama adalah masjid dengan berjama'ah." Begitu juga imam syafi'i dan imam abu hanifah berpendapat bahawa solat tarawih itu berjumlah 20 raka'at berdasarkan ijma para sahabat pada zaman khalifah umar al-faruq. Imam ibnu abdil bar menerangkan: "sungguh benar adanya daripada ubai bin ka'ab bahawa beliau solat tarawih dengan 20 raka'at bersama umat islam tanpa ada perselisihan antara para sahabat."

Didalam kitab 'al-mukhtasor' yang disusun oleh imam al-muzani disebutkan bahawa imam syafi'i berkata: aku melihat orang ramai dimadinah mengerjakan solat tarawih 39 raka'at tetapi yang lebih aku sukai adalah yang 20 raka'at kerana ia yang diriwayatkan daripada umar. Demikian juga dimakkah, umat islam mengerjakan solat tarawih 20 raka'at dan mengerjakan solat witir 3 raka'at."


Penjelasan imam al-turmuzi

Imam al-turmuzi didalam kitab hadithnya yang bertajuk 'sunan al-turmuzi' menerangkan : "majoriti ahli ilmu mengerjakan solat tarawih berdasarkan kepada riwayat daripada umar, ali dan sahabat-sahabat nabi muhammad s.a.w. Yang lain, iaitu 20 raka'at. Bilangan ini juga yang dipegangi oleh imam sufyan al-thauri, ibnu al-mubarak dan al-syafi'i. Syafi'i berkata: "aku menjumpai umat islam dinegeri aku makkah mengerjakan solat tarawih 20 raka'at."

Ibnu rusyd dalam kitab 'bidayah al-mujtahid' berkata: "imam malik dalam satu riwayat mengatakan imam abu hanifah, imam al-syafi'i dan imam ahmad memilih 20 raka'at selain witir."

Imam nawawi menerangkan: "mazhab kami menetapkan bahawa solat tarawih berjumlah 20 raka'at dengan sepuluh salam selain witir. Ini terdiri daripada lima "tarwihat" (istirahat) dan satu tarawih terdiri daripada empat raka'at dengan terdiri dua salam."

Demikian juga dengan pendapat imam abu hanifah serta murid-muridnya, dan juga imam ahmad, abu daqud dan juga qadhi 'iyadh yang diambilnya daripada jumhul ulama. Imam malik sendiri berkata: "solat tarawih terdiri daripada 9 tarwihat (istirahat) yang jumlahnya 36 raka'at selain witir."

Seterusnya imam nawawi berkata: "hujah mazhab kami berdasarkan keterangan yang diriwayatkan oleh imam al-baihaqi dengan sanadnya yang sohih daripada al-saib bin yazid al-sahabi r.a., beliau berkata: 'umat i slam pada zaman khalifah umar ibnu al-khattab mengerjakan solat tarawih 20 raka'at dalam bulan ramadhan, sedangkan pada zaman khalifah usman mereka mengerjakannya 200 (dua ratus) raka'at sehingga mereka bersandar pada tongkat-tongkat mereka kerana terlalu letihnya berdiri."

Yazid bin rauman berkata: " umat islam pada zaman khalifah umar ibnu al-khattab r.a. Mengerjakan qiyam ramadhan dengan solat 23 raka'at (tarawih dan witir)." (riwayat imam malik dalam 'al-muwatta')

Akan tetapi al-baihaqi mengatakan bahwa hadith tersebut diatas adalah musral, sebab yazid bin rauman tidak bertemu dengan umar ibnu al-khattab. Seterusnya al-baihaqi mengatakan bahawa dengan berpandukan kepada hadith-hadith yang diterangkan tadi, umat islam mengerjakan solat tarawih 20 raka'at dan witir tiga raka'at. Al-baihaqi meriwayatkan juga daripada ali k.w. Bahawa solat tarawih 20 raka'at. Imam ibnu taimiyah menerangkan dalam kitab 'al-fatawa' : "benar bahawa ubai bin ka'ab mengerjakan solat pada bulan ramadhan bersama umat islam sebanyak 20 raka'at dan witir tiga raka'at. Jadi para ulama berpendapat bahawa yang demikian itu ditengah-tengah para sahabat muhajirin dan para sahabat ansar dan tidak ada seorang pun yang mengingkarinya (menentangnya)."

Didalam kitab "majmu'ah al-fatawa al-najdiyah' disebut bahawa sheikh abdullah bin abdul wahhab memberikan jawapan tentang bilangan raka'at tarawih: "bahawa umar r.a. Ketika mengumpulkan umat islam yang diimamkan oleh ubai bin ka'ab, bilangan raka'atnya adalah 20 raka'at."

Demikianlah keterangan-keterangan daripada para ulama pimpinan islam sama ada daripada golongan salaf maupun khalaf yang tidak dapat diragukan lagi kebenarannya. Jelaslah bahawa solat tarawih itu 20 raka'at yang dikerjakan oleh umat islam sekarang ini adalah amalan yang benar, yang tidak dapat disangkal lagi.

Perlu diketahui bahawa 20 raka'at inilah yang dikuatkan oleh amalan para sabahat radiallahu'anhum dan diijmakan oleh imam-imam mujtadij iaitu imam mazhab yang empat. Mereka semua adalah lambang hidayah dan merupakan pancaran ilmu setiap masa dan setiap zaman. Bilangan 20 rakat'at inilah yang telah diperintahkan oleh umar al-faruq r.a. Yang mana allah s.w.t. Telah menjadikan kebenaran pada lisan dan didalam hatinya sebagaimana yang diterangkan didalam hadith-hadith yang sohih.

Recent Posts