SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
• Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
• Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
• Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
• Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
• Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
• Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
• Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain.
Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah
Maksudnya :
Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
Selasa, Julai 24, 2012
KEPALSUAN HADIS TIGA FASAL RAMADAN
" أول شهر رمضان رحمة و أوسطه مغفرة و آخره عتق من النار "
Maksudnya,
"Awal Bulan Ramadhan adalah Rahmah, pertengahannya adalah Maghfirah (keampunan) dan akhirnya dibebaskan daripada neraka."
Takrij :
قال الألباني في " السلسلة الضعيفة و الموضوعة " 4 / 70 : منكر . أخرجه العقيلي في " الضعفاء " ( 172 ) و ابن عدي ( 165 / 1 ) والخطيب في " الموضح " ( 2 / 77 ) و الديلمي ( 1 / 1 / 10 - 11 ) و ابن عساكر ( 8 / 506 / 1 ) عن سلام بن سوار عن مسلمة بن الصلت عن الزهري عن أبي سلمة عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : فذكره . و قال العقيلي : " لا أصل له من حديث الزهري " . قلت : و قال ابن عدي : " و سلام ( ابن سليمان بن سوار ) هو عندي منكر الحديث ، و مسلمة ليس بالمعروف " . و كذا قال الذهبي . و مسلمة قد قال فيه أبو حاتم : " متروك الحديث " كما في ترجمته من " الميزان " ، و يأتي له حديث آخر برقم ( 1580 ) .
Mereka Yang Mendhaifkan
Adapun para muhaddits yang mempermasalahkan riwayat ini antara lain:
1. Imam As-Suyuthi
Beliau mengatakan bahwa hadits ini dhaif (lemah periwayatannya).
2. Syeikh Al-Albani
Beliau mengatakan bahwa riwayat ini statusnya munkar. Jadi sebenarnya antara keduanya tidak terjadi pertentangan. Hadits munkar sebebarnya termasuk ke dalam jajaran hadits dhaif juga. Sebagai hadits munkar, dia menempati urutan ketiga setelah hadits matruk (semi palsu) dan maudhu' (palsu).
Sementara sanadnya adalah:
1. Sallam bin Sawwar
2. dari Maslamah bin Shalt
3. dari Az-Zuhri
4. dari Abu Salamah
5. dari Abu Hurairah
6. dari nabi SAW
Dari rangkaian para perawi di atas, perawi yang pertama dan kedua bermasalah. Yaitu Sallam bin Sawwar dan Maslamah bin Shalt.
Sallam bin Sawwar disebut oleh Ibnu Ady, seorang kritikus hadits, sebagai munkarul hadits. Sedangkan oleh Imam Ibnu Hibban, dikatakan bahwa haditsnya tidak bisa dijadikan hujjah (pegangan), kecuali bila ada rawi lain yang meriwayatkan haditsnya. Perkataan Ibnu Hibban ini bisa kita periksa dalam kitab Al-Majruhin.
Sedangkan Maslamah bin Shalt adalah seorang yang matruk, sebagaimana komentar Abu Hatim. Secara etimologis, matruk berarti ditinggalkan. Sedangkan menurut terminologi hadits, hadits matruk adalah hadits yangdalam sanadnya ada rawi yang pendusta. Dan hadits matruk adalah 'adik' dari hadits maudhu' (palsu).
Bezanya, kalau hadits maudhu' itu perawinya adalah seorang pendusta, sedangkan hadits matruk itu perawinya sehari-hari sering berdusta. Kira-kira hadits matruk itu boleh dibilang semi maudhu'.
Kesimpulan
Kesimpulannnya, haditsi ini punya dua gelar.
Pertama, gelarnya adalah hadits munkar karena adanya Sallam bin Sawwar. Gelar kedua adalah hadits matruk karena adanya Maslamah bin Shalt.
Memang benar, terdapat hadis lain seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaymah dalam kitab sohihnya, tetapi beliau sendiri meraguiinya apabila menyebut di awal bab itu,
إن صح الخبر
Ertinya : "Jika sohih khabar ini" ( Rujuk ibn Khuzaymah)
Imam Ibn Hajar al-Hathami memberi komentar setelah membawakan hadis panjang lebar yang mengandungi maksud petikan hadis pendek tadi, berkata :-
وفي سنده من صحح وحسن له الترمذي لكن ضعفه غيره ومن ثم ذكره ابن خزيمة في صحيحه وعقبه بقوله إن صح
Ertinya : "tentang sanadnya, terdapat mereka yang mensohihkannya, dan mengganggapnya hasan seperti Imam Tirmidzi, tetapi ia dianggap lemah orang ulama selain mereka, Ibn khuzaymah menyebutnya dalam kitab sohihnya tetapi diakhiri dengan katanya : sekiranya sohih" ( Az-Zawajir, Ibn Hajar Al-haithami, 1/384 )
Saya juga tidaklah hairan mengapa para penceramah dan sebahagian ulama kerap menggunakannya, ini adalah kerana hadis ini memang terdapat dalam agak banyak kitab-kitab arab silam samada Fiqh dan hadis tanpa dijelaskan kedudukan dan taraf kekuatannya , antaranya seperti berikut :-
1) I'anah at-Tolibin, 2/255;
2) Tabyin al-haqaiq, 1/179;
3) Syarah Faidhul Qadir, 1/469 ;
4) Targhib wa at-tarhib, 2/58
Apapun, yang lebih penting, banyak lagi ayat al-Quran dan hadith sohih serta hasan berkenaan puasa yang boleh dijadikan modal ceramah para penceramah.
Sebagai akhirnya ini adalah hadis yang panjang riwayat Ibn Khuzaymah yang dikatakan jika sohih olehnya sendiri, tetapi ianya telah dikomen oleh Imam Al-Ayni dalam kitab 'Umdah Al-Qari' sebagai munkar juga. Berikut petikannya :-
خطبنا رسول الله آخر يوم من شعبان فقال يا أيها الناس إنه قد أظلكم شهر عظيم شهر مبارك فيه ليلة خير من ألف شهر فرض الله صيامه وجعل قيام ليله تطوعا فمن تطوع فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه ومن أدى فيه فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة وهو شهر الصبر والصبر ثوابه الجنة وهو شهر المواساة وهو شهر يزاد رزق المؤمن فيه من فطر صائما كان له عتق رقبة ومغفرة لذنوبه قيل يا رسول الله ليس كلنا نجد ما يفطر الصائم قال يعطي الله هذا الثواب لمن فطر صائما على مذقة لبن أو تمرة أو شربة ماء ومن أشبع صائما كان له مغفرة لذنوبه وسقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة وكان له مثل أجره من غير أن ينقص من أجره شيئا وهو شهر أوله رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار ومن خفف عن مملوكه فيه أعتقه الله من النار ) ولا يصح إسناده وفي سنده إياس قال شيخنا الظاهر أنه ابن أبي إياس قال صاحب ( الميزان ) إياس بن أبي إياس عن سعيد بن المسيب لا يعرف والخبر منكر

SOLAT TARAWIH DAN KELEBIHANNYA
Muqaddimah
Solat tarawih adalah solat yang dikerjakan pada malam-malam dalam bulan ramadhan al-mubarak dan waktu mengerjakannya adalah selepas solat isyak dan sebelum solat witir. Solat tarawih adalah salah satu daripada ibadah-ibadah dalam bulan ramadhan yang penuh berkat dan paling besar kesannya dihati kaum muslimin. Ia juga mempunyai darjat dan keutamaan yang dirahsiakan oleh allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w. Bersabda :
من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه...
Maksudnya : "sesiapa beribadat pada malam-malam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada allah (s.w.t.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh allah (s.w.t.)." (riwayat al-bukhari)
Maksud daripada hadith tersebut ialah bahawa setiap orang yang menyemarakkan malam-malam bulan ramadhan dengan mengerjakan solat, zikir dan membaca al-quran dengan penuh keimanan kepada allah s.w.t. Dan mengharap akan pahalanya, maka allah s.w.t. Akan mengampunkan dosa-dosanya pada masa silam, selama mana dosa-dosa itu adalah dosa-dosa kecil. Adapun mengenai dosa-dosa besar, maka wajib melalui jalan taubat nasuha. Demikianlah pendapat para ulama fekah.
Orang yang mula-mula mengerjakan solat tarawih
Orang yang mula-mula mengerjakan solat tarawih menurut ibnu qudamah dalam kitabnya yang lengkap "al-mughni" berkata: "solat tarawih adalah sunnat muakkad. Orang yang pertama kali mengerjakannya adalah rasulullah s.a.w.. Hal ini berdasarkan kepada satu hadith yang diriwayatkan oleh abu hurairah yang bermaksud : "rasulullah s.a.w. Menyemarakkan ibadah pada malam hari bulan ramadhan dengan tidak mewajbkan kepada umatnya. Baginda s.a.w. Bersabda yang bermaksud : "sesiapa beribadat pada malam hari bulan ramadhan dengan penuh keimanan kepada allah (s.w.t.) Dan mengarapkan pahala daripada-nya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (riwayat imam muslim)
Saiyidatina aisyah r.a telah meriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud : "pada suatu malam nabi muhammad s.a.w. Solat dimasjid, maka para sahabat mengikuti solatnya. Pada malam berikutnya, baginda s.a.w. Solat lagi dimasjid dan para sahabat yang mengikutinya bertambah ramai. Lalu mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, tetapi nabi muhammad s.a.w. Tidak keluar kemasjid untuk solat bersama mereka. Pada sebelah paginya nabi muhammad s.a.w. Bersabda: "sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan dan tidak ada sesuatu apa pun yang mencegah aku untuk keluar mengerjakan solat bersama kamu semua kecuali aku khuatir kalau- kalau kamu menganggap solat itu diwajibkan atas kamu." (riwayat muslim)
Abu hurairah r.a. Meriwayat sebuah hadith yang bermaksud:
"nabi muhammad s.a.w. Keluar kemasjid. Kebetulan pada malam bulan ramadhan itu para sahabat mengerjakan solat ditepi-tepi masjid. Baginda s.a.w. Bertanya: 'siapa mereka itu?' ada yang menjawab" 'mereka adalah para sahabat yang tidak dapat membaca al-quran, tetapi ubai bin kaab solat ditengah-tengah mereka dan mereka ikut solat bersamanya.' nabi muhammad s.a.w. Bersabda: 'mereka telah mendapatkan pahala dan sebaik-baik amalan adalah apa yng mereka lakukan itu." (riwayat abu dawud)
Adapun panggilan solat tarawih adalah dinisbahkan kepada khalifah 'umar ibnu al-khattab r.a. Kerana beliaulah yang mengumpulkan orang ramai untuk melakukan solat pada malam bulan ramadhan itu dibawah pimpinan seorang imam iaitu ubai bin ka'ab. Imam al-bukhari meriwayatkan daripada abdurrahman bin abdul-qari, beliau berkata : "saya keluar bersama umar ibnu al-khattab pada suatu malam bulan ramadhan. Kebetulan pada saat itu orang ramai sedang mengerjakan solat secara berjama'ah dalam beberapa kelompok. Ada pula seorang yang bersolat secara bersendirian dan ada pula yang solat keseorangan tetapi kemudian diikuti oleh orang lain sehingga menjadi suatu kumpulan. Melihat keadaan itu umar berkata: 'saya berpendapat, sekiranya mereka ini dihimpunkan dibawah satu imam, nescaya ia adalah lebih baik." kemudian umar melaksanakan pendapatnya dan menghimpunkan orang ramai untuk mengerjakan solat dibawah seorang imam iaitu ubai bin ka'ab."
Seterusnya abdurrahman bin abdul qari menerangkan bahawa pada malam hari yang lain, dia keluarlagi dengan umar dan pada ketika itu umat islam mengerjakan solat dibelakang seorang qari. Maka umar berkata: "sebaik-baik bid'ah adalah ini. Adapun orang yang tidur pada awal malam seraya bermaksud akan mengerjakan solat lail (tarawih) pada malam hari, yang demikian itu adalah lebih utama daripada orang yang mengerjakannya pada awal malam. Akan tetapi umat islam mengerjakan pada awal malam." (dikeluarkan oleh imam al-bukhari)
Berdasarkan pada keterangan hadith-hadith sohih diatas, maka jelaslah bahawa orang yang mula-mula mengerjakan solat tarawih dalam kaitannya dengan ibadah pada bulan ramadhan adalah junjungan agung kita nabi muhammad s.a.w. .
Baginda rasulullah s.a.w. Mengerjakan bersama para sahabat tiga atau empat malam. Setelah itu nabi muhammad s.a.w. Tidak keluar untuk mengerjakan bersama para sahabat lagi kerana nabi muhammad s.a.w. Khuatir solat tarawih dianggap wajib oleh umatnya. Dalam hal ini adalah sebagai rahmat dan tanda sangat sayang kepada umatnya. Keterangan yang lebih jelas lagi disebutkan oleh al-bukahri dan muslim maksudnya: "sesungguhnya nabi muhammad s.a.w. Keluar pada waktu tengah malam pada bulan ramadhan kemudian solat dimasjid. Beberapa orang mengikuti solat baginda rasulullah s.a.w.. Pada sebelah paginya mereka menceritakan perkara tersebut kepada teman-teman mereka.
Maka pada malam hari berikutnya para sahabat yang berhimpun lebih ramai lagi. Pada malam yang kedua ini nabi muhammad s.a.w. Keluar untuk mengerjakan solat dan para sahabat pun mengikuti solatnya. Pada sebelah paginya para sahabat menyebut-nyebut perkara itu, maka pada malam ketiga orang-orang yang berhimpun dimasjid bertambah ramai lagi. Nabi muhammad s.a.w. Keluar kemasjid mengerjakan solat pada malam ketiga itu dan para sahabat mengikutinya.
Kemudian pada malam yang keempat, masjid tidak lagi muat untuk menampung orang ramai yang datang berhimpun tetapi nabi muhammad s.a.w. Tidak keluar kemasjid. Beberapa orang sahabat ada yang melaungkan azan "al-solah! Al-solah!", tetapi nabi muhammad s.a.w. Tidak keluar juga. Apabila masuk waktu subuh, barulah nabi muhammad s.a.w. Keluar kemasjid. Setelah selesai solat subuh, nabi muhammad s.a.w. Menghadap para sahabat, membaca syahadat dan kemudian bersabda: 'sesungguhnya aku bukannya tidak tahu bagaimana keadaan kamu malam tadi, akan tetapi aku khuatir kalau-kalau kamu menganggap bahawa hal ini (solat malam ramadhan) diwajibkan atas kamu, maka kamu tidak mampu mengerjakannya.'
Dalam riwayat yang lain disebutkan: "sehingga nabi muhammad s.a.w. Wafat keadaan masih tetap seperti itu."
Mengapa disebut solat tarawih
Solat pada malam bulan ramadhan itu disebut 'tarawih' kerana solatnya panjang, raka'atnya banyak dan orang yang melakukannya beristirahat pada setiap selesai menunaikan empat raka'at sebelum menyambungnya lagi. Oleh kerana adanya rehat maka inilah disebut "tarawih".
Ibnu manzur dalam kitab 'lisanul arabi' menerangkan bahawa 'altarawih' adalah bentuk jamak daripada 'tarwihah' adalah isim marrah (isim yang menunjukkan makna satu kali) daripada 'ar-rahah'.
Jadi makna 'tarwihah' itu adalah satu kali istirehat. Hal ini sama dengan kata 'taslimah' (satu kali salam) yang berasal daripada perkataan 'assalam'. Disebut 'tarawih' kerana orang yang melakukannya mengambil beberapa kali istirehat pada setiap kali selesai mengerjakan solat empat raka'at, kemudian dia menerangkan pula bahawa 'ar-rahah' itu ertinya lega atau segar adalah lawan daripada kata 'at-ta'ab' yang bererti penat.
Didalam sebuah hadith ada diterangkan bahawa apabila masuk waktu solat,nabi muhammad s.a.w. Berkata pada bilal: "marilah kita beristirehat dengan solat.' Maksudnya ialah, azanlah untuk solat, wahai bilal! Maka kita akan beristirehat dengan solat itu, istirehat nabi muhammad s.a.w. Menerusi solat kerana didalamnya sebagai munajat kepada allah s.w.t.. Hal ini sesuai dengan sabda nabi muhammad s.a.w. Yang bermaksud: "hatiku dan jiwaku menjadi tenteram ketika dalam solat."
Dengan demikian solat tarawih adalah sunnat yang dilaksanakan dalam kaitannya dengan ibadah pada malam-malam bulan ramadhan al-mubarak sebagaimana yang akan diterangkan menerusi hadith-hadith dalam bab seterusnya.
Bilangan raka'at solat tarawih
Solat tarawih adalah termasuk solat sunnat muakkad berdasarkan hadith-hadith yang telah disebutkan tadi. Bilangan raka'atnya berjumlah 20 raka'at tidak termasuk solat witir. Jika dimasukkan solat witir maka manjadi 23 raka'at. Demikian berdasarkan pada sunnah yang telah berlaku dan berdasarkan pada sunnah umat islam, sama ada daripada golongan ulama salaf maupun khalaf sejak zaman khalifah umar ibnu al- khattab r.a. Sehinggalah kezaman kita sekarang.
Tidak seorang pun antara imam-imam mazhab yang empat, ahli fekah yang mujtahid memperselisihkannya kecuali ada satu riwayat saja yang menerangkan iaitu imam darul hijrah (imam malik bin anas) yang menambah sehingga 30 raka'at.
Demikian pula dalam riwayat yang kedua dari imam malik yang berdasarkan pada amalam penduduk madinah bersumberkan dari nafi' yang berikut: "saya menjumpai umat islam (madinah) mengerjakan solat tarawih 39 raka'at bersama witirnya tiga raka'at."
Akan tetapi menurut riwayat yang masyhur daripada imam malik dan bahkan riwayat yang amshyur ini sesuai dengan pendapat jumhur ulama daripada kalangan syafi'i, hambali dan hanafi mengatakan bahawa solat tarawih itu berjumlah 20 raka'at. Oleh kerana itu, berdasarkan pada riwayat yang mashyur ini, maka telah menjadi kesepekatan antara imam-imam mazhab yang empat. Semoga allah s.w.t. Melindungi orang-orang mukmin daripada permusuhan yang membinasakan.
Dalil-dalil para mujtahidin
Para imam mujtahid menetapkan bahawa solat tarawih berjumlah 20 raka'at berdasarkan hadith riwayat al-baihaqi dan riwayat lain dengan sanad yang sorih lagi sohih daripada saib bin ziyad, yakni seorang sahabat yang terkenal. Saib berkata: "pada zaman umar ibnu al-khattab r.a. Umat islam mengerjakan solat tarawih dalam bulan ramadhan sebanyak 20 raka'at."
Mereka berhujah juga dengan hadith riwayat imam malik dalam kitab al-muwatta' dan riwayat al-baihaqi daripada yazid bin rauman. Yazid bin rauman berkata: "pada zaman umar ibnu al-khattab r.a. Orang ramai mengerjakan solat tarawih sebanyak 23 raka'at." yakni, 20 raka'at tarawih dan 3 raka'at witir.
Mereka juga berhujah dengan hadith yang diriwayatkan daripada al-hasan yang mengatakan bahawa umar r.a. Telah menghimpun orang ramai untuk mengerjakan solat dibelakang ubai bin ka'ab sebagai imamnya dengan mengerjakan solat tarawih 20 raka'at. Ubai bin kh'ab tidak membaca qunut bersama mereka kecuali pada malam separuh kedua daripada bulan ramadhan. Apabila masuk separuh ketiga yang akhir daripada bulan ramadhan, ubai bin ka'ab menghilang, yakni dia mengerjakan solat dirumahnya sendiri, lalu jama'ah pun berkata: "ubai telah lari."
Ibnu qudamah menceritakan didalam kitab al-mughni bahawa telah terjadi ijma atas bilangan solat tarawih iaitu 20 raka'at. Dan diriwayatkan daripada imam malik bahawa bilangan raka'at tarawih itu 36 raka'at. Dia berkata: "solat pada malam-malam bulan ramadhan adalah 20 raka'at. Ia adalah sunnat muakkad dan orang yang mula-mula mengerjakannya adalah nabi muhammad s.a.w. Adapun nama tarawih itu dinisbahkan kepada umar ibnu al-khattab r.a. Ini kerana umar menghimpun umat islam untuk mengerjakan solat tarawih secara jemaah dibelakang ubai bin ka'ab yang bertindak sebagai imam."
Telah diriwayatkan oleh para ahli hadith bahawa pada suatu malam dalam bulan ramadhan, umar ibnu al-khattab keluar kemasjid, kebetulan ketika itu umat islam solat dimasjid sendiri-sendiri. Lalu umar berkata: "seabiknya aku himpunkan mereka dibawah pimpinan seorang ahli qiraat." maka beliau pun mengumpulkan umat islam dan solat dibelakang ubai bin ka'ab. Kemudian pada malam berikutnya dia keluar lagi dan menyaksikan orang ramai mengerjakan solat dibelakang imam. Maka berkatalah umar ibnu al-khattab: "sebaik-baik bida'ah adalah ini."
Seterusnya ibnu qudamah menjelaskan bahawa yang dipilih oleh imam ahmad bin hanbal adalah 20 raka'at. Demikian juga 20 raka'at ini dipilih oleh al-thauri, abu hanifah dan al-syafi'i, sedangkan imam malik memilih 36 raka'at dengan menyandarkan pada amalan penduduk madinah dan bagi kami, sesungguhnya umar ibnu al-khattab ketika mengumpulkan orang ramai mengerjakan solat dibelakang ubai bin ka'ab sebanyak 20 raka'at.
Imam malik meriwayatkan dengan sanad dari yazid bin abdurrahman: "umat islam pada zaman umar mengerjakan qiyamullail sebanyak 23 raka'at."
Diriwayatkan daripada ali k.w. Bahawa beliau telah menyuruh seseorang untuk menjadi imam tarawih pada bulan ramadhan dan mengerjakan 20 raka'at. Ini adalah seperti ijma'. Seterusnya ibnu qudamah berkata: "seandainya seluruh penduduk madinah mengerjakan 36 raka'at, nescaya bilangan raka'at yang dikerjakan oleh umar ibnu al-khattab dan telah diijma'kan oleh para sahabat yang lain ketika itu lebih utama untuk diikuti. Kerana sesungguhnya penduduk madinah mengerjakan bilangan raka'at sedemikian itu hanya kerana mereka ingin menyemai amalan penduduk makkah bertawaf tujuh kali setiap selesai dua kali salam (empat raka'at). Oleh sebab itu penduduk madinah menggantikan tujuh kali tawaf tadi dengan empat raka'at. Namun demikian, apa yang telah ditetapkan oleh para sabahat nabi muhammad s.a.w. Adalah lebih utama untuk diikuti."
Diriwayatjan juga ali k.w. Mengelilingi masjid-masjid pada bulan ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "semoga allah s.w.t. Menerangi kubur umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." Berhubung dengan ayat-ayat yang dibaca dalam solat tarawih, imam ahmad berkata: "seseorang yang menjadi imam solat tarawih hendaklah membaca ayat-ayat yang dirasakan dapat meringankan makmumnya dan bukan yang memberat-beratkan mereka. Jadi bacaan ayat-ayatnya adalah yang meringankan bagi makmumnya." al-qadhi berpendapat bahawa bacaan ayat suci al-quran itu sunnat khatam dalam satu bulan agar dapat didengar oleh semua jama'ah dan hendaknya jangan menambah daripada satu kali khatam itu kerana khuatir memberatkan kepada makmum yang solat dibelakang. Kami berpendapat bahawa yang masyhur dalam mazhab maliki adalah 20 raka'at berdasarkan bahawa inilah imam-imam mujtahid berijma atas keutamaan mengerjakan 20 raka'at.
Syeikh al-dardir dalam kitabnya 'aqrabul masalik'ala mazhab al-imam malik' juzuk 1:552, beliau menulis: "bahawa solat tarawih itu 20 raka'at dilaksanakn selepas solat isyak dan salam setiap dua raka'at selain witir. Didalam tarawih itu disunnatkan dikerjakan dirumah jika masjid telah penuh dengan jama'ah yang mendirikan solat tarawih. Akan tetapi jika amsjid kosong daripada solat tarawih maka yang lebih utama adalah masjid dengan berjama'ah." Begitu juga imam syafi'i dan imam abu hanifah berpendapat bahawa solat tarawih itu berjumlah 20 raka'at berdasarkan ijma para sahabat pada zaman khalifah umar al-faruq. Imam ibnu abdil bar menerangkan: "sungguh benar adanya daripada ubai bin ka'ab bahawa beliau solat tarawih dengan 20 raka'at bersama umat islam tanpa ada perselisihan antara para sahabat."
Didalam kitab 'al-mukhtasor' yang disusun oleh imam al-muzani disebutkan bahawa imam syafi'i berkata: aku melihat orang ramai dimadinah mengerjakan solat tarawih 39 raka'at tetapi yang lebih aku sukai adalah yang 20 raka'at kerana ia yang diriwayatkan daripada umar. Demikian juga dimakkah, umat islam mengerjakan solat tarawih 20 raka'at dan mengerjakan solat witir 3 raka'at."
Penjelasan imam al-turmuzi
Imam al-turmuzi didalam kitab hadithnya yang bertajuk 'sunan al-turmuzi' menerangkan : "majoriti ahli ilmu mengerjakan solat tarawih berdasarkan kepada riwayat daripada umar, ali dan sahabat-sahabat nabi muhammad s.a.w. Yang lain, iaitu 20 raka'at. Bilangan ini juga yang dipegangi oleh imam sufyan al-thauri, ibnu al-mubarak dan al-syafi'i. Syafi'i berkata: "aku menjumpai umat islam dinegeri aku makkah mengerjakan solat tarawih 20 raka'at."
Ibnu rusyd dalam kitab 'bidayah al-mujtahid' berkata: "imam malik dalam satu riwayat mengatakan imam abu hanifah, imam al-syafi'i dan imam ahmad memilih 20 raka'at selain witir."
Imam nawawi menerangkan: "mazhab kami menetapkan bahawa solat tarawih berjumlah 20 raka'at dengan sepuluh salam selain witir. Ini terdiri daripada lima "tarwihat" (istirahat) dan satu tarawih terdiri daripada empat raka'at dengan terdiri dua salam."
Demikian juga dengan pendapat imam abu hanifah serta murid-muridnya, dan juga imam ahmad, abu daqud dan juga qadhi 'iyadh yang diambilnya daripada jumhul ulama. Imam malik sendiri berkata: "solat tarawih terdiri daripada 9 tarwihat (istirahat) yang jumlahnya 36 raka'at selain witir."
Seterusnya imam nawawi berkata: "hujah mazhab kami berdasarkan keterangan yang diriwayatkan oleh imam al-baihaqi dengan sanadnya yang sohih daripada al-saib bin yazid al-sahabi r.a., beliau berkata: 'umat i slam pada zaman khalifah umar ibnu al-khattab mengerjakan solat tarawih 20 raka'at dalam bulan ramadhan, sedangkan pada zaman khalifah usman mereka mengerjakannya 200 (dua ratus) raka'at sehingga mereka bersandar pada tongkat-tongkat mereka kerana terlalu letihnya berdiri."
Yazid bin rauman berkata: " umat islam pada zaman khalifah umar ibnu al-khattab r.a. Mengerjakan qiyam ramadhan dengan solat 23 raka'at (tarawih dan witir)." (riwayat imam malik dalam 'al-muwatta')
Akan tetapi al-baihaqi mengatakan bahwa hadith tersebut diatas adalah musral, sebab yazid bin rauman tidak bertemu dengan umar ibnu al-khattab. Seterusnya al-baihaqi mengatakan bahawa dengan berpandukan kepada hadith-hadith yang diterangkan tadi, umat islam mengerjakan solat tarawih 20 raka'at dan witir tiga raka'at. Al-baihaqi meriwayatkan juga daripada ali k.w. Bahawa solat tarawih 20 raka'at. Imam ibnu taimiyah menerangkan dalam kitab 'al-fatawa' : "benar bahawa ubai bin ka'ab mengerjakan solat pada bulan ramadhan bersama umat islam sebanyak 20 raka'at dan witir tiga raka'at. Jadi para ulama berpendapat bahawa yang demikian itu ditengah-tengah para sahabat muhajirin dan para sahabat ansar dan tidak ada seorang pun yang mengingkarinya (menentangnya)."
Didalam kitab "majmu'ah al-fatawa al-najdiyah' disebut bahawa sheikh abdullah bin abdul wahhab memberikan jawapan tentang bilangan raka'at tarawih: "bahawa umar r.a. Ketika mengumpulkan umat islam yang diimamkan oleh ubai bin ka'ab, bilangan raka'atnya adalah 20 raka'at."
Demikianlah keterangan-keterangan daripada para ulama pimpinan islam sama ada daripada golongan salaf maupun khalaf yang tidak dapat diragukan lagi kebenarannya. Jelaslah bahawa solat tarawih itu 20 raka'at yang dikerjakan oleh umat islam sekarang ini adalah amalan yang benar, yang tidak dapat disangkal lagi.
Perlu diketahui bahawa 20 raka'at inilah yang dikuatkan oleh amalan para sabahat radiallahu'anhum dan diijmakan oleh imam-imam mujtadij iaitu imam mazhab yang empat. Mereka semua adalah lambang hidayah dan merupakan pancaran ilmu setiap masa dan setiap zaman. Bilangan 20 rakat'at inilah yang telah diperintahkan oleh umar al-faruq r.a. Yang mana allah s.w.t. Telah menjadikan kebenaran pada lisan dan didalam hatinya sebagaimana yang diterangkan didalam hadith-hadith yang sohih.

Khamis, Mei 24, 2012
SEKITAR HADIS REJAB ANTARA SAHIH DAN DAIF ATAU MAUDHU'
HADIS-HADIS DHAIF YANG MENYENTUH TENTANG KELEBIHAN BULAN RAJAB
1. "Di dalam Syurga terdapat sungai yang dinamakan Rajab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rajab, Alah akan mengizinkan dia minum daripada sungai ini". (Hadis Batil. Al-Dhaifah oleh Sheikh Al-albani : hadis 1898)
2. "Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sha'ban dan panjangkanlah umur kami ke bulan Ramadan". (Hadis Munkar.)
3. "Rasulullah tidak berpuasa sesudah bulan Ramadhan melainkan bulan Rajab Sya'ban". (Hadis Munkar.)
HADIS-HADIS MAWDO' (PALSU) YANG MENYENTUH TENTANG BULAN RAJAB
1. "Rajab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku, Ramadhan adalah bulan umatku". Hadis Dhaif. (Al-Dhaifah oleh Sheikh Al-albani : hadis 4400)
2. "Barangsiapa yang berpuasa tiga hari pada bulan Rajab, Allah akan memberikan dia pahala puasa satu bulan dan barangsiapa yang berpuasa sebanyak tujuh hari akan ditutup buatnya tujuh pintu neraka…" Hadis Mawdoo. (Ibnu Al-jauzi Almawdo'at, 2/206)
3. "Barangsiapa yang solat Maghrib pada malam pertama bulan Rajab lalu solat dua puluh raka'at, dibaca pada setiap raka'at surah Al-fatihah dan surah (Al-ikhlas)… nescaya Allah akan memeliharanya, keluarganya, hartanya dan anak-anaknya, dipelihara daripada api neraka dan dia akan melalui titian sirat seperti kilat tanpa hisab atau azab". Hadis Mawdoo. (Ibnu Al-jauzi, Almawdo'at, 2/123)
4. "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rajab dan solat padanya empat raka'at…. Dia tidak akan mati melainkan setelah melihat tempatnya di dalam syurga". Hadis Mawdoo. (Ibnu Al-jauzi, Almawdo'at, 2/124)
5. "Janganlah kamu lalai akan hari Jumaat yang pertama pada bulan Rajab kerana malamnya dinamakan Raghaib oleh para malaikat…." Hadis Mawdoo. (Ibnu Al-jauzi, Almawdo'at, 2/124-126)
6. "Barangsiapa yang solat malam pertengahan bulan Rajab sebanyak empat belas raka'at…" Hadis Mawdoo. (Ibnu Al-jauzi, Almawdo'at, 2/126)
7. "Bulan Rajab adalah bulan yang istimewa, barangsiapa yang berpuasa sehari padanya seoalah-olah telah berpuasa selama seribu bulan…" Hadis Mawdoo. (Ibnu Al-jauzi, (Almawdo'at, 2/206-207)
***Begitulah sebahagian daripada hadis-hadis dhaif dan mawdoo yang menyentuh tentang kelebihan bulan Rajab Rujukan: Buku Al-bida'ah Al-hawliah (Bida'ah-Bida'ah sepanjang tahun) oleh Abdullah Al-Tuwaijiri

Rabu, Mei 02, 2012
HUTANG
Dalam satu hadis diriwayatkan Abu Daud, baginda berdoa, maksudnya: “Wahai Tuhanku! Aku berlindung diri kepadamu dari terlanda hutang dan dalam kekuasaan orang lain.”
Hutang mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah wang dan lain-lain yang dipinjam daripada orang lain.
Mutakhir ini istilah hutang sudah jarang diungkapkan, sebaliknya pinjaman atau loan yang lebih kerap disebut, namun membawa maksud yang sama.
Jika dulu hutang-piutangnya adalah ringkas, tetapi kini dengan bilangan penduduk yang semakin besar, urusan itu menjadi semakin kompleks, malah wujud pelbagai jenis hutang, sehingga kadangkala sukar bagi sesetengah pihak untuk memahaminya.
Hari ini masyarakat baik di desa mahupun di kota tidak dapat mengelak daripada berhutang, sedikit atau banyak, seperti berhutang dengan bank, koperasi, majikan, peruncit, saudara mara, rakan atau dengan ceti haram.
Segolongan berhutang kerana terpaksa bagi memenuhi keperluan asasi yang sangat mendesak seperti untuk mendapatkan makanan dan tempat berteduh, manakala segolongan pula untuk mengejar keseronokan.
Gara-gara berhutang juga menyebabkan beban kewangan bertambah, malah semakin banyak dihutang semakin berat bebanannya, sehingga tidak tertanggung untuk membayar semula dan akibatnya membawa kepada pelbagai musibah.
Ternyata berhutang ada baik dan buruknya. Kena cara ia membawa kebaikan, tetapi jika tidak seperti berhutang untuk berjudi dan berfoya-foya sudah pasti membawa keburukan.
Sejauh mana Islam melihat permasalahan ini? Apakah orang Islam dibenarkan berhutang, sedangkan di sebalik kebaikannya, ada juga keburukan yang menanti?
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, berkata Islam mengharuskan umatnya berhutang hanya ketika benar-benar terdesak, bukan untuk perkara tambahan dalam kehidupan.
Beliau berkata, berhutang sewenang-wenangnya dengan tujuan suka-suka kepada perkara yang tidak menjadi keperluan adalah dilarang.
“Orang Islam sepatutnya tidak berhutang untuk benda tambahan atau sampingan seperti berhutang untuk mengubah suai kediaman,” katanya.
Tidak salah untuk berhutang kerana tidak semua mempunyai kewangan yang stabil, malah ada yang terpaksa hidup mengharapkan belas ihsan orang lain, tetapi sebelum berhutang perlu berhati-hati, mengambil kira keperluan dan kemampuan membayar balik hutang.
Jangan sampai disebabkan hutang membuatkan hidup tidak tenteram, asyik memikirkan hutang, sentiasa diburu pemberi hutang, sehingga bekerja pun untuk membayar hutang, membuatkan kenikmatan hidup mula pudar.
Ini bertepatan juga dengan satu hadis diriwayatkan oleh Ahmad bermaksud: “Berhati-hati dengan hutang, sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari.”
Zaharuddin berkata, pemberi hutang pula sepatutnya menggunakan konsep sama banyak dengan jumlah hutang, bukannya mengenakan wang faedah.
“Jika pemberi hutang dapat menggunakan konsep sama banyak, ia adalah satu contoh yang sangat terpuji. Malah, nabi kata pemberi hutang akan dibalas hingga 18 kali ganda lebih besar daripada amalan sedekah dengan 10 kali ganda,” katanya.
Ini bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Daripada Abu Hurairah r.a, berkata seseorang; wahai Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda; memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya.”
Katanya, seseorang berhutang wajib membayar balik (bagi yang berkemampuan) kerana ada hadis yang menyatakan mereka tidak berbuat demikian bila tiba waktunya dianggap orang yang zalim dan boleh dihukum.
“Jika tidak bayar pelbagai sifat keji timbul, seperti sifat orang munafik, bila bercakap dia menipu, bila berjanji dia mungkiri, kerana untuk mengelakkan diri daripada membayar hutang,” katanya.
Satu hadis berbunyi: “Sesiapa berhutang wang kepada orang lain dan berniat akan mengembalikannya, maka Allah akan luluskan niatnya itu, tetapi sesiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakan (tidak membayar), Allah akan merosakkan dia.” (Riwayat Bukhari)
Dalam Islam, konsep umum yang ditekankan ialah kesederhanaan. Sekiranya umat Islam mengamalkan konsep kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan, termasuk ketika berbelanja, sudah tentu tidak berlaku kesempitan wang dan terhindar daripada hutang.
Tetapi jika berbelanja boros, sesedap rasa, tidak setimpal dengan kemampuan kewangan sudah tentu terjerat dengan hutang.
“Dan jangan kamu berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan.” (al-An’am: 141)
Implikasi Amalan Berhutang:
1) Berhutang jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif seperti muflis disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.
2) Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam kancah resah gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.
3) Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan ia melakukan pelbagai perkara dilarang syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.
4) Orang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya setelah meninggal dunia sehinggalah dilunaskan segala hutang piutangnya semasa hidup. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.”
5) Amalan berhutang tidak hanya membabitkan kehidupan dunia, malah berpanjangan ke Hari Akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah di hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”
6) Mereka berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan dilakukan, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat sekalipun dia mati syahid. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.” (Riwayat Bukhari, Tirmidzi, An-Nasai' dan Ibn Majah)

Rabu, April 25, 2012
6 Perkara Allah S.W.T Sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari
Rabu, April 18, 2012
BOHONG...
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Biasakan kamu berkata benar kerana kebenaran itu menuntun kepada kebaikan dan kebaikan itu menuntun kesyurga, dan seseorang itu selalu berkata benar sehingga dicatat disisi Allah s.w.t. sebagai sdiddiq dan awaslah kamu dari dusta kerana dusta itu menuntun kepada lacur (kejahatan) dan kejahatan itu menuntun kedalam neraka dan seseorang itu biasa berdusta sehingga dicatat disisi Allah s.w.t. sebagai pendusta."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "kamu anggap orang itu munafiq dengan tiga tanda iaitu:
• Jika berkata ia berdusta
• Bila berjanji ia mungkiri
• Jika berjanji sumpah ia langgar
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Malik berkata: "ketika Luqmanul-Hakim ditanya: "Apakah sebab sehingga kamu dapat mencapai kedudukanmu itu?" Jawab Luqman: "Dengan benar dalam berkata-kata dan menunaikan amanat dan meninggalkan apa yang bukan kepentinganku."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shafwan bin Sulaim berkata Rasulullah s.a.w. ditanya: "Apakah orang mukmin yang dapat menjadi penakut?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ya." Ditanya pula: "Apakah mungkin seorang mukmin itu pendusta?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Tidak." Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ubadah bin Ashshamit r.a. berkata Rasulullah s.a.w. ditanya: "Jagalah enam macam untuk dirimu sendiri, saya dapat menjamin untukmu syurga. Enam perkara itu ialah:
• Benar-benarlah jika berkata-kata
• Tepatilah jika berjanji
• Tunaikan amanat (Kembalikan jika diamati)
• Jagalah kemaluanmu
• Pejamkan matamu
• Jagalah tanganmu
Abul Laits berkata Rasulullah s.a.w. telah mengumpulkan atau menyimpulkan semua kebaikan dalam enam macam tersebut iaitu:
• Berkata benar dan ia meliputi ucapan Tauhid iaitu benar-benar setelah mengucap dua kalimah syahadah, benar terhadap Allah s.w.t. dan juga terhadap manusia
• Menepati janji baik terhadap Allah s.w.t. atau terhadap sesama manusia
• Menunaikan amanat, amanat dari Allah s.w.t. merupakan kewajipan-kewajipan yang diwajibkan atas semua hamba dan amanat dari sesama munusia iaitu perkataan atau anak atau harta atau kehormatan
• Menjaga kemaluan dari semua yang syubhat dan haram dan memelihara jangan terlihat orang lain sebab Rasulullah s.a.w. telah mengutuk orang yang melihat dan yang dilihat (kemaluan)
• Pejamkan matamu dari aurat sesama manusia atau kecantikan wanita yang haram dilihatnya dan jangan membelalak kedunia, sebagaimana ayat (Yang berbunyi): "Wala tamuddanna linaftinahum fihi." (Yang bermaksud): "Dan jangan membelalakkan matamu kepada apa yang Kami beri perlengkapan mereka dari dunia untuk Kami uji mereka dengan kemewahan itu.
• Dan yang terakhir jagalah tanganmu dari segala yang haram, baik berupa harta atau lain-lainnya
Hudzaifah bin Alyaman r.a. berkata: "Dahulu dimasa Rasulullah s.a.w., adakalanya seseorang mengucapkan sepatah kata dapat menjadi munafiq dan kini saya mendengar kalimat itu keluar dari kamu dalam sehari sepuluh kali (Yakni kamu tidak hirau terhadap kalimat itu dan menganggap remeh) iaitu seperti berdusta yang telah dijelaskan bahawa itu tanda munafiq.
Maka seharusnya seorang muslim menjaga dirinya dari tanda-tanda munafiq sebab seorang yang telah biasa berdusta pasti dianggap pendusta dan munafiq. Ia dibebani dosa-dosa orang yang meniru perbuatannya. Abul Laits dari Abu Manshur bin Abdullah Alfaraidhi meriwayatkan dengan sanadnya dari Samurah bin Jundub r.a. berkata: Biasa Rasulullah s.a.w. jika selesai sembahyang sebuh menghadap kepada kami (para sahabat) dan bertanya: "Apakah ada diantara kamu semalam yang bermimpi?" Lalu siapa yang bermimpi akan menceritakan mimpinya kepada Rasulullah s.a.w.
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah ada diantara kamu yang bermimpi?" Jawab kami: "Tidak ada." Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tetapi saya sendiri semalam bermimpi didatangi oleh dua orang yang menuntun tanganku dan mengajak saya pergi sehingga sampai kelapangan yang datar, lalu kelihatan seorang berbaring sedang yang satu berdiri sambil memegang batu besar yang dipukulkan kekepala orang yang sedang berbaring itu sehingga hancur remuk kepalanya dan menggelundung batunya, lalu diambil kembali batu itu dan kembali kepada orang yang berbaring itu, sedang kepalanya telah sembuh kembali lalu dipukul lagi." Saya berkata: "Subhanallah, apakah ini?" Tetapi orang itu berkata: "Ayuh jalan terus." Maka bertemu orang yang terlentang sedang yang satunya berdiri dengan bantolan besi ditangannya yang digunakan untuk merobek pipinya dan ditarik sampai kebelakang, kemudian yang sebelah kiri dan kembali lagi kekanan setelah kembali biasa, lalu dirobeknya kembali dan begitu seterusnya." Saya berkata: "Subhanallah, apakah itu?" Kedua orang itu mengajak saya terus berjalan sehingga melihat bangunan yang atasnya seperti dapur sedang bagian bawahnya luas, ketika saya melihat, tiba-tiba didalamnya campur lelaki perempuan, maka bila terasa ada wap api dari bawah, mereka naik kemudian jika sudah merasa berkurangan turun kembali, dan bila datang api itu mereka menjerit dan naik kembali sehingga hampir keluar, kemudian jika merasa sudah padam kembali kebawah. Saya pun berkata: "Subhanallah, apakah ini?" Dan kedua orang itu berkata: " Ayuh jalan terus sehingga bertemu dengan sungai yang berair merah bagaikan darah sedang didalam sungai ada orang berenang, dan yang satu ditepi sungai mengumpulkan batu-batu, apabila yang berenang itu datang membuka mulutnya lalu dimasukkan kedalam mulutnya batu itu, lalu kembali berenang ketengah-tengah kemudian kembali dimakani batu-batu itu. Saya berkata: "Subhanallah, apakah itu?" Jawab keduanya: "Berjalan terus sehingga bertemu dengan seorang yang disekitarnya api besar, dan ia mengobar-ngobarnya. Saya berkata: "Subhanallah, apakah itu?" Kedua orang itu berkata: "Ayuh berjalan terus sehingga bertemu dengan kebun yang penuh buah dan bunga, dan disana ada orang yang agak tinggi dan disekitar orang itu anak-anak yang banyak sekali, saya pun berkata: "Subhanallah, apakah itu?" Kedua orang itu berkata: "Ayuh berjalan terus." Maka kami berjalan sehingga bertemu dengan pohon beringin yang besar tidak ada yang lebih baik daripadanya maka kami naik diatasnya, tiba-tiba ada kota terbangun dari batu emas dan perak, maka kami ketuk pintu kota itu sehingga terbuka, maka kami masuk, maka segera dikeluarkan oleh kedua orang itu dan dimasukkan kegedung yang lebih indah, lebih baik, dan ketika mata saya melihat keatas terlihat gedung putih bagaikan kaca, lalu diberitahu: "Itu rumahmu." Saya bertanya: "Dapatkah saya masuk kesana?" Jawab keduanya: "Sekrang belum dapat dan kelak pasti dapat engkau masuk kedalamnya." Lalu saya berkata: "Ini malam saya melihat yang ajaib-ajaib, maka apakah ertinya semua itu?" Jawab keduanya: "Adapun orang yang dipukul kepalanya dengan batu maka itu orang yang mengerti al-quran lalu mengabaikannya dan tidak sembahyang fardhu. Ada pun yang dirobek pipinya sampai kebelakang maka itu orang yang membawa berita bohong sehingga tersebar kemana-mana.
Adapun orang-orang yang campur lelaki perempuan dalam dapur api itu, maka mereka pelacur lelaki perempuan. Adapun yang berenang dalam sungai darah maka mereka adalah pemakan riba. Adapun orang yang dikelilingi api maka itu malaikat Malik penjaga neraka, adapun orang yang tinggi didalam kebun maka itu Nabi Ibrahim a.s. dan anak-anak itu ialah anak-anak kecil yang mati dalam fitrah. Adapun rumah yang pertama maka itu untuk umum orang-orang mukminin, adapun yang satunya maka itu tempat orang-orang yang mati syahid, dan saya, Jibril dan Mikail maka ada orang yang bertanya: "Dan anak-anaknya orang musyrikin?" Jawabnya: "Dan anak-anaknya orang musyrikin juga ditempat Nabi Ibrahim a.s tetapi mengenai anak-anak orang musyrikin maka beritanya macam-macam." Ada yang berpendapat: "Menjadi pelayan ahli syurga, dan sebahagian juga masuk neraka."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "Sebenar-benar keterangan ialah kitab Allah s.w.t. dan semulia-mulianya perkataan ialah dzikrullah, dan sebusuk-busuk buta ialah buta hati dan yang sederhana mencukupi lebih baik daripada yang banyak dan melupakan, dan sejahat-jahat kemenyesesalan ialah menyesal hari kiamat, dan sebaik-baik kekayaan ialah kaya hati, dan sebaik-baik bekal ialah bekal taqwa. Dan khamar (arak) itu menghimpunkan segala dosa dan wanita perangkap syaitan dan kepemudaan itu sebahagian itu dari gila, dan sebusuk-busuk penghasilan ialah riba. Dan sebesar-besar dosa ialah lidah pendusta."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Sufyian bin Abi Hushin berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Dusta itu tidak baik kecuali dalam tiga macam iaitu:
• Didalam perang
• Seorang yang akan mendamaikan antara dua orang
• Untuk memperbaiki isterinya
Seorang ulama tabi'in berkata: "Ketahuilah bahawa benar itu perhiasan para wali dan dusta itu tanda orang yang celaka, sebagaimana yang tersebut dalam ayat (Yang berbunyi): "Hadza yaumu yanfa'us shadiqina sidquhum. (Yang bermaksud): "Pada hari ini bergunalah kebenaran dan kesungguhan orang-orang yang benar." Ayat yang lain pula (Berbunyi): "Ya ayyuhalladzina aamanuttaqullaha wa kunu ma'as shadiqin. (Yang bermaksud): "Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dan bergaullah kamu dengan orang yang sungguh-sungguh (benar-benar)." Ayat yang lain pula berbunyi: "Walladzi jaa'a bisshidqi washaddaqa bihi ulaa'ika humul muttaquun." (Yang bermaksud): "Dan orang yang datang membawa kebenaran dan ia sendiri melaksanakan kebenaran itu, merekalah orang-orang yang bertaqwa." Ayat yang lain pula berbunyi: "Lahum maa yasyaa'uuna inda robbihim." (Yang bermaksud): "Untuk mereka apa saja yang mereka inginkan ada disisi Tuhan mereka."
Juga Allah s.w.t. telah mencela pendusta dan mengutuk mereka dalam firmanNya (Yang berbunyi): "Qutilal kharraa shuun." (Yang bermaksud): "Sungguh celaka orang-orang tukang dusta." Ayat yang lain pula (Berbunyi): "Waman adhlamu mimmaniffara alallahil kadziba wahuwa yud'a ilal islam wallahu laa yahdil qaumadh dhalimin." (Yang bermaksud): "Dan tiada yang lebih kejam (zalim) dari orang yang membuat dusta atas nama Allah, padahal ia dipanggil supaya mengikuti tuntutan Islam dan Allah tidak akan memberi hidayat pada orang-orang zalim."